Monday, December 19, 2011

Kelopak Mata Kanan Bergerak (panjangnya tajuk...)

Dah 2-3 hari ni kelopak mata kanan aku ni asyik bergerak2 je.  Setiap beberapa saat, akan bergerak, memang rasa terganggu (kalau orang nampak jelas, nampak macam aku genyit mata kat dia plak, aduyai..malunya).

Bebape hari sebelum ni memang sibuk sikit, so xsempat nak cari apa maknanya.  So, hari ni akupun google la saje untuk suka2.

Menurut cakap orang tua2 dulu, kalau kelopak mata kanan bergerak2, kita akan mendapat keuntungan, keamanan, beroleh hartanya dibawa oleh keluarganya dari jauh (ayat diambil dari internet), beroleh kewangan, nak tengok/jumpa orang jauh @ lama terpisah (baru je jumpa sedara-mara yang dah lama xjumpa minggu lepas, tapi, kenapa sehingga ke hari ni kelopak mata ni masih bergerak2?) dan mendapat berita baik.

Bila baca makna2 di atas, semuanya best2 belaka.  Walaupun benda ni tak tau sejauh mana betulnya, tapi disebabkan semua tanda2 tu best2 dan cakap orang tua2 dulu, aku nak percaya la...hahahahah....  Lagipun minggu lepas, kelopak mata kiri bergerak2 dan petandanya ialah seorang yang jauh/lama terpisah teringin nak jumpa kita dan ada orang akan berjalan jauh (16 Disember 2011, Pah Muda meninggal dunia, so, kalau ikutkan tanda2 tu dah betul dah). 

So, aku berharap sangat aku akan mendapat sesuatu yang lebih baik dan berita gembira dalam waktu terdekat ni.  Semoga semuanya juga berjalan dengan lancar...Amin..

Wednesday, December 7, 2011

Doa




A:  Na, ko doakan ALLAH permudahkan urusan aku ye.
Aku:  InsyaALLAH, aku akan doakan ko.

Dulu, bila kawan2 minta aku doakan untuk diaorang, aku akan jawab macam di atas.  Pas je jawab macam tu, aku dah lupa dah (xamik berat akan permintaan kawan2 tadi).  Aku amik mudah je, memang la orang selalu cakap, bila kita dah cakap akan doakan, maknanya kita dah kira doakan untuk orang tu.  Tapi, sebenarnya, aku rasa kalau xikhlas dari hati si pendoa, ALLAH terima ke doa tu?

Aku ada baca 1 e-mail ni mengenai seorang lelaki ni accident teruk dan dalam keadaan nazak.  Segala usaha telah dilakukan untuk cubaan menyelamatkannya, tapi tidak juga berjaya.  Hanya doa dan keizinan dari ALLAH yang mampu menyelamatkannya.  So, ahli keluarganya minta kawan2, saudara mara dan jiran2 mendoakan beliau supaya beliau sedar dan sihat semula.  Tidak dinafikan, mereka semua berdoa.  Tapi beliau tetap tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Kemudian, ada sekumpulan pelajar tahfiz yang dapat tau beliau sakit.  Semasa beliau sihat, beliau pernah sekali menyumbangkan derma ikhlas ke sekolah pelajar2 tersebut.  Disebabkan mengenangkan jasa beliau yang cukup besar kepada mereka, mereka telah melakukan solat hajat dan berdoa dengan penuh keikhlasan supaya beliau kembali sedar.  Alhamdulillah, berkat doa yang ikhlas dari mereka, lelaki tersebut telah sedar dan beransur pulih.

Betapa makbulnya doa seorang yang ikhlas.  Selepas aku habis membaca e-mail tersebut, aku nekad setiap kali kawan2 atau sesiapa saja yang minta aku doakan untuk mereka, aku doakan dengan sepenuh hati dan ikhlas dengan menyebut nama penuh mereka dan membayangkan wajah mereka.  Aku xnak lagi pandang ringan permintaan yang macam ini.

Aku berharap juga kepada kawan2ku serta ahli keluargaku yang aku sayang turut ikhlas mendoakan aku sentiasa...Amin..

Tuesday, December 6, 2011

FB

Kebanyakan orang sudah ada FB sendiri.  Tidak ketinggalan juga aku, hb dan anak2.  Kalau sapa yang tidak ada FB tu, macam pelik jekan?

Pada pandangan aku, FB ni 1 medium yang bagus untuk kita 'jumpa' balik kawan2 lama dan menambah kawan2 baru.  Selain dari itu, kita dapat berkongsi hari2 bahagia kawan2 kita, dapat tau birthday kawan2 kita, dapat mengeratkan lagi hubungan yang sebelum ini telah terputus dan juga dapat mengetahui aktiviti serta mendapat sesuatu yang baru dari FB (contohnya bila kawan2 kita share di status pasal benda2 yang baik2 atau ilmu yang boleh diguna pakai).

Tapi, itu sudut2 yang baik yang aku nampak.  Sudut yang kurang baiknya ialah, bila seseorang tu letak di status yang menunjukkan riak (contohnya, memberitahu orang yang dia baru beli beg2 branded dan postkan gambar beg tu sekali).  Ada pulak yang menulis kata2 yang tidak best mengutuk2 bos atau kawan2 sendiri.  Menggunakan bahasa yang kurang manis (padahal di sekolah kita semua mendapat ilmu yang cukup dari segi budi bahasa dan adap sopan, bukan saja di sekolah, di rumah ibu bapa kita mesti ajar kita semua tukan?).  Dan bila meningkatnya usia kita, kita sepatutnya semakin hari semakin belajar dari pengalaman, bermakna kita semakin dewasa dan matang dan tidak seharusnya kita downgradekan diri kita dengan sifat2 yang kurang elok.

Bila aku tengok banyak status kawan2 yang macam ni, aku malu, sedih, frust (macam2 rasa yang tak best).  Usia semuanya dah matang, kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir dan jangan ikutkan rasa marah yang membuak2.  Pada aku, orang2 yang macan ni, dah mem'bogel'kan diri mereka kepada umum secara tidak langsung, membuka pekung peribadi serta memaparkan personaliti yang tidak boleh dihormati.  Orang akan nampak diri tu xcukup ilmu pengetahuan, tidak boleh berfikir panjang, tidak pandai menyesuaikan keadaan, orang akan mula rasa kurang hormat dan  tak nampak diri tu bernilai.

Aku bukan cakap yang diri aku ni sempurna, tapi, bila aku nampak semua ni, aku cepat2 ingatkan diri aku sendiri supaya aku tidak menjadi seperti mereka ni.  Aku hargai apa yang arwah Tok dan Opah serta Abah aku ajar dari aku kecik dan aku akan ingat sampai mati.  Aku juga hargai apa yang cikgu2 kat sekolah tu ajar nilai2 murni, sivik dan adap sopan supaya aku akan terus didik anak2ku untuk terus mempertahankan nilai2 tersebut.

Kadang2 ramai yang anggap dengan meletakkan status riak, amarah, maki hamun dan yang kurang sesuai tu satu benda yang hebat dan gah.  Sebenarnya itu dah me'nelanjang'kan diri sendiri di mata kawan2 dan kawan2 yang tau dan tidak sama dengan perangai mereka itu akan kurang rasa hormat pada mereka.

Jadi, janganlah riak sebab itu hanya duniawi dan hidup kita ni macam roda, sekarang ALLAH pusingkan kita di atas dan kita boleh juga terpusing ke bawah.  Bagi yang suka sangat marah dan maki hamun orang dalam FB tu, cubalah bersabar sikit dan cuba kurangkan perkataan2 maki tu.  Bila perkataan2 tu dijadikan ayat, tak sedap bunyinya.  Bahasa kita indah, terlalu banyak perkataan yang indah2 dan sangat elok bila dicantumkan menjadi ayat.

Sama2lah kita jaga bahasa dan peribadi kita.  InsyaALLAH lebih ramai yang akan suka dan tak mustahil jika terus menggunakan bahasa kesat dan maki, jangan pelik bila friends list kita sikit2 akan berkurangan ataupun kita di'hide'kan.

Secara tidak langsung benda2 yang aku nampak ni, menjadi satu ilmu untuk aku renungkan supaya aku sendiri sedar dan terus ingat.  TERIMA KASIH kepada mereka semua.

Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu


Sebaik shj tau novel Ombak Rindu dari Fauziah Ashari ni akan dibuat filem, Farid terus soh aku beli novel ni.  Dia sanggup tolong belikan, aku ni ikutkan aje lagipun memang suka membaca apa shj bahan yang menarik.  Masa tu aku memang xtau sapa pelakon2nya.  Ambik masa la gak aku nak membaca sebab Farid soh aku beli 3 novel serentak (aku ikutkan aje).  So, Ombak Rindu aku baca last sekali dan dah separuh baca, aku macam tau je jalan cite dia.

Kalau xsilap aku, aku penah baca novel ni (aku ni short term memory sikit, so lambat nak ingat) sebab aku boleh tau apa jalan cite seterusnya.  Tapi, xpelah, aku refreshkan balik memory sebab aku target nak tengok movie ni.  Minggu lepas, Farid cuba dapatkan 2 tiket untuk aku n hb tengok pada Majlis Gala Pratonton di Pavilion, KL.  Tapi sayangnya tiket dah xde...huk..huk.. (anyway, tq Farid, ko xpenah lupa kat kitaorang, ko memang tau kitaorang ni kaki teater n wayang...hehehe...).  So, disebabkan tayangan start 1 Disember, aku nekad nak habiskan novel ni sebelum 1 Disember.  Tepat pada 1 Disember 2011 aku siap katam novel ni.

Tapi, aku cukup kurang teruja sikit bila Maya Karin diberikan watak Izzah.  Aku xpertikaikan kredibiliti lakonan dia, tapi cuma muka dia yang campuran tu xsesuai dengan watak Izzah, seorang gadis melayu tulen.

Walau macamanapun, aku cakap ngan hb aku nak gak tengok movie ni.  Nak sangat2 dan hari ni dia bawak aku n anak2 tengok.  Dari mula2 start aku dah sebak (mungkin sebab aku dah baca novel tu) sampai la ke akhir cite.  Keje aku, tengok, nangis, stop nangis, nangis balik, stop lagi n nangis lagi....nasib baik bawak tisu lebih.

Pada aku cite ni memang best, dibawakan oleh pelakon2 yang cukup hebat, cuma bagi aku yang dah baca novel ni, aku rasa xpuas sebab banyak isi2 yang penting dan menarik tidak dimasukkan (well, aku faham sebab novel ni panjang dan sebuah filem masanya 2 jam lebih je).  Cuma ada bebape adegan yang xbape manis untuk dilihat oleh kanak2 la.  Sikit je adegan tu, tapi emmm.....xelok la kalau budak2 nak tengok...

Dan mengenai watak Maya Karin tadi, pada mulanya aku xsuka dia yang melakonkan watak tersebut tapi setelah melihat karektor yang dibawa dengan lakonan yang hebat, hilang wajah campuran yang aku maksudkan tadi.  Watak Izzah memang meresap dalam diri Maya Karin, hebat sangat.

Kisah cinta yang terjadi tanpa dirancang, cinta yang betul2 ikhlas dari hati.  Kesetiaan seorang isteri, sanggup berkorban hati dan perasaan kerana berasa dirinya tidak layak untuk digelar isteri rasmi seorang lelaki yang berpengaruh.  Ketulusan hati seorang kekasih yang mencintai kawan sepermainannya, walaupun sudah bertahun belajar di luar negeri, tapi masih setia dan mengharapkan cinta seorang lelaki.  Cinta, kasih dan sayang seorang lelaki yang sebelum ni tidak penah kenal erti cinta yang hanya tau berpoya2 untuk memuaskan nafsunya dan akhirnya tewas dengan cinta seorang gadis kampung yang jujur dan berperibadi mulia.  Kisah cinta romantik yang cukup best dan mendalam maksudnya.

Jadi, kesimpulan dari movie tadi, aku bagi thumbs up.  Memang best dan sapa yang belum tengok, patut pegi tengok.

Friday, November 25, 2011

I'm Sorry...

Semalam aku dapat satu benda yang baru (untuk aku la, aku xpenah tau sebelum ni).  So, disebabkan aku ni xkedekut dan suka berkongsi dengan kawan2, aku nak kongsikan benda ni dengan semua (walaupun ada yang dah tau, aku nak kongsi gak).

Ok, mula2 ikut apa yang aku tulis ni, maksudnya cakap dalam hati macam ni, kukukakiku.....

Dah ke belum?  Ok, xbape dengarkan?  Kita try lagi sekali, kali ni cakap kuarkan suara....KUKUKAKIKU..

Lagi sekali, cakap kuat sikit.....   KUKUKAKIKU CAGUUUUUUU!!!!!


Hehehe....jangan marah ek.  Aku pun terkena semalam dengan hb aku..  Sepatutnya sebelum tido, dapat good nite kiss, tapi dapat sebijik benda ni....  terkono den...  I'm Sorry...huhu..

 Blueekkkkk!!!!  Gambar di atas tiada kena mengena dengan KUKUKAKIKU CAGU k...  Gambar ini adalah untuk tatapan kt bersama terutamanya orang2 yang xtau apa maksudnya cagu...hehe..

Tuesday, November 22, 2011

221175



36 tahun dah?  Wow...pejam celik..pejam celik...haihh...

Entry kali ini adalah kesempatan untuk aku mengucapkan TERIMA KASIH kepada hb yang setiap tahun, akan saje je buat2 lupa tarikh ni, pas tu jam 12 ++ tengah malam akan wish aku (tq sayang...love you most...hehe...suspens aku, ingatkan dia xingat).  Juga kepada anak2 kesayanganku, Dania & Qistina yang setiap tahun akan minta duit aku untuk belikan hadiah harijadi aku sendiri (sayang, lain kali minta duit kat Abah ek...) dan juga minta aku buatkan kek harijadi aku sendiri (sayang, lain kali ajak Abah pegi kedai kek beli kek ek)..hehehe.....love you girls most too...

Kepada saudara2ku, adik2ku, adik iparku dan sepupu2ku yang sentiasa 'bersama' aku walaupun kita semua berjauhan dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing2.  Tq sgt2..

Kepada kawan2 1Malaysiaku, kawan2 dari sekolah, ITM, opis, bos2 kat opis ni, kawan2 opis lama, opis2 lain (yang berurusan denganku berkaitan hal kerja), jiran2ku, kawan2 yang kat overseas, kawan2 kelas manik, BFF dan ex boyfriend (oopss...hehehe) yang tak putus2 wish dan mendoakan aku, aku cukup2 terharu kerana mereka ingat kat aku dan hargai persahabatan yang selama ni kami semai, pupuk dan jaga supaya terus kekal abadi.

Semoga aku dilimpahi rezeki supaya dapat aku kongsikan bersama2 dengan mereka yang aku sayang, kekal bahagia selamanya bersama2 dengan mereka yang aku sayang dan supaya diberi kesihatan yang baik untuk aku meneruskan hidup demi keluarga dan orang2 yang aku sayang.  Semoga hari ini dan seterusnya mematangkan lagi diri aku dan dipermudahkan setiap perkara demi mengharungi cabaran hidup ini.

Aku juga sangat berharap supaya orang2 yang aku sayang ni tidak putus2 berdoa untuk aku sekeluarga, semoga mereka juga diberkati dan sememangnya mereka termasuk di dalam doa aku setiap kali aku solat.

I love you all so much...

Tuesday, November 15, 2011

Haihhhh.....

Ada la sorang hamba ALLAH ni (aku pun hamba ALLAH gak...hehehe), dia ni suka assume (membuat anggapan sendiri, yang selalunya anggapan dia memang tersasar dari kenyataan) pada satu2 perkara dan situasi.  Aku dah lama perhatikan cara dia menilai sesuatu perkara tu.  Aku xbape berkenan dengan cara dia ni sebab cara dia menilai tu lebih ke arah yang xbape nak best (negatif). 

Contohnya, ada satu berita gempar ni.  Dia xtengok tv, xbaca paper, tapi mendengar cite orang.  Dia akan gunakan ayat2 orang yang dia dengar cite tu untuk dicitekan balik kat orang lain.  Mendengar tu boleh, tapi kalau ko nak cite balik kat orang, baik ko baca dulu fakta cite tu.  Pas baca, ko cite la dan buat la penilaian dan pandangan ko sendiri, xsalah pun. 

Bila dia cite kat aku, aku jadi bengang, sebab apa yang dia cite tu salah.  Aku tengok berita dan baca paper pasal kes tu, ok.  Aku baca fakta ok...aku citekan balik kat dia apa berita cakap dan apa paper cakap.  Terdiam dia.  Aku tau, dia ni jenis nak ambil mudah, semua benda nak mudah dan nak cepat.  Aku tau, dia xsuka membaca, tapi untuk mengelakkan dari memalukan diri sendiri, baik ko baca la sikit, sebab ko suka mencitekan balik kejadian2 yang berlaku.  Hakikatnya kawan2 ko yang lain membaca mengenai cite tu.  Tolong jangan malukan diri sendiri.  Aku jadi segan nak tengok ko malu.
Kadang2 tu bila baca je tajuk kat paper, terus melenting atau dah boleh buat cite hanya melalui bacaan dari tajuk tersebut.  Hebat xhebatnya dia?  Xsume orang suka membaca, tapi yang xsuka membaca ni ada gak yang suka bercite/buat cite sendiri.  Tapi, akan malukan diri sendiri bila dia bercite benda yang xbetul dari cite fakta yang dia nak sampaikan.  Jangan buat main dengan fakta k...orang boleh google. 

Bila dah jadi cite xbetul, dan dapat membuatkan orang2 lain percaya (orang2 yang sama macam dia, sebab diaorang xnak gunakan otak/akal yang ALLAH bagi untuk berfikir), jadilah satu cite tipu yang disebarkan dari seorang ke seorang......

Sorilah, pagi2 aku dah membebel, tapi apa yang aku bebelkan ni ada benarnya.  Aku cukup xsuka orang yang senang beranggapan tanpa usul periksa.  Dan bagi orang2 yang mendengar tanpa membuat penilaian sendiri pun aku xsuka. 

So, macam Adik selalu cakap kat aku, "Mama, fikir dulu, sebelum buang." Contohnya, kotak vitamin dia, sebelum dia buang kotak tu, dia fikir dulu, apa yang boleh dia buat dengan kotak tu.  Dia berjaya jadikan kotak tu sebagai penanda buku.  Berjalan akal dia untuk menjadi lebih kreatif.  Betapa berguna kotak tu juga sebelum dicampak ke tong sampahkan?

Sama la kes macam yang aku bebelkan ni.  Fikir dulu, sebelum beranggapan/membuat kesimpulan sendiri.  InsyaALLAH kita akan dapat sesuatu yang lebih bernilai.

Monday, November 14, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa???

Apa maksud tajuk di atas?  Yang aku pahamkan maksudnya, Vokal = suara mantap, Bukan Sekadar Rupa = rupa kena ada juga.

Tapi, bila aku tengok program ni kat tv, pemahaman peserta2nya dan kebanyakkannya ialah rupa atau fizikal xkisah la, xmenarik pun xpe, gemuk pun xpe janji suara kena mantap.

Aku ni plak, pahamkan lain.  Aku pahamkan maksud tu dua2 kena ada.  Kalau kebanyakan orang xsama pemahaman macam aku, seperti yang aku tengok kat tv dan baca kat paper, aku rasa tajuk program tu kena ubah sikit.

Vokal Biarpun Tiada Rupa.... (Vokal = suara mantap, Biarpun Tiada Rupa = xcantik dan xmenarik pun xpe.)  Tajuk ni sesuai sikit, aku rasa la...hehehe...  Tapi apa2 pun, masing2 punya pemahaman yang berbeza.  Mungkin gak aku yang xbape paham tajuk di atas...hahahaha.....

Friday, November 11, 2011

Hidup ni tak lama


Aku suka quotes di atas.  Untuk aku rasa lebih tenang, di samping aku mengamalkan surah2 tertentu dan bacaan dari ayat2 Al-Quran, kadang2 aku kena buang semua kejadian2 yang xbest berlaku dalam hidup aku ataupun yang terjadi baru2 ni dalam hidup aku.  Aku nak lupakan sapa yang mencetuskan kejadian2 tersebut.  Untuk melupakan sekejap (bukan bermakna lupa terus, hanya untuk meringankan bebanan otak aku ni) aku berjumpa atau berhubung dengan orang2 yang boleh buat aku ketawa atau aku buat benda2 yang boleh buat aku happy dan membuatkan aku lupa kejadian2 yang buruk yang dah jadi kat aku.  Baik aku tumpukan benda2 yang baik dan best2 je.  Terasa x bezanya rasa, bila kita sedih dan bila kita gembira?  Rasa lain sangat2.  Bila sedih, muka monyok (cuba bayangkan muka aku yang xbape nak cun ni monyok...hmmm...dah dapat bayangkan dan xtau nak bagi perkataan apa lagi bila tengok kat cermin muka sendiri, ngeri.....dalam ertikata mudah....burok rupenye). Hidup ni singkat je, lebih baik kita sentiasa ceriakan diri kita.  Kita akan jadi lebih tenang dan kurangla kedut2 di muka tu..hehehehe...

Alhamdulillah, aku semakin hari semakin kurang serabut di perut, hati dan otak aku ni.  Aku sendiri yang ubahkan sebab aku sendiri yang boleh tolong diri aku sendiri.  Lega la sikit.  Aku akan hadap je apa yang akan jadi lepas ni.  Yang penting, aku xnak buang masa aku dengan bersedih.  Aku nak happy dengan kawan2 aku, family aku, hb aku dan anak2 aku.  Lupa plak, bibik aku gak..hehehe.... Lagi satu yang lebih penting, jangan sekali2 ada dendam..(dulu arwah Opah penah cakap, biarla orang nak buat kita, kita jangan buat/balas kat orang tu balik, ALLAH ada).  Terima kasih, Opah.  Aku xpenah lupa pesanan Opah tu.  Cuma kadang2 tersasar gak, tapi aku cepat2 lembutkan hati ni.

Wednesday, November 9, 2011

Surah Al-Insyirah (Penenang Hati)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam) (2) 

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) 

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) 

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) 

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) 

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) 

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

Sebelum itu, mari kita baca 'Rungutan Sebuah Pasu' petikan daripada Majalah GenQ Isu 2.
Sebuah pasu berharga sedang menunggu masa untuk dilelong. Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu. Kagum dengan pencapaian tersebut, sebuah seterika antik yang juga akan dilelong bertemu pasu tersebut dan mereka berbual-bual.

Seterika antik   :Assalamualaikum.

Pasu                :   Waalaikumussalam. Oh, seterika antik! Apa khabar?

Seterika antik  :  Alhamdulillah, aku sihat walaupun sedang meniti usia emas. Aku kagum dengan kamu.   Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ini. Aku ada terdengar orang ramai berbual-bual mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang berada.

Pasu                :  Ya? Semua ini bukan mudah dicapai. Bermacam-macam cabaran yang aku terpaksa tempuhi.

Seterika antik  :    Emm…kedengarannya seolah-olah kamu telah menempuhi masa silam yang cukup perit.

Pasu                :   Betul tu. 

(Pasu tersebut termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya).

1.  Tanah liat dicampurkan dengan air dan kemudian diuli-uli. Aku rasa tak selesa dilenyek-lenyek dengan kasar oleh si pembuat pasu.

2.  Kemudian, aku diletakkan di atas sebuah tapak yang sentiasa berpusing untuk dibentuk. Waktu tu aku rasa pening.

3.  Selesai dibentuk, aku dijemur di bawah terik matahari. Aku tidak mampu lakukan apa-apa melainkan berdiam diri dan bersabar.

4.  Selepas itu, aku dibakar dengan suhu yang sangat panas.

5.  Aku sangkakan penderitaan aku telah berakhir. Rupa2nya tidak. Ada pula seorang tukang ukir menoreh badanku dengan pisau tajam.

6.  Bagi sentuhan terakhir, seorang pelukis melukis motif yang cukup indah di atas badanku. Aku selesa diperlakukan dengan lembut oleh pelukis tersebut walaupun terasa sedikit geli.

Seterika antik  :    La hawla wala quwwata illa billah. Kamu memang tabah menghadapi semua itu. Kemudian, apa yang terjadi?

Pasu             :   Kemudian, apabila aku diperagakan di sebuah kedai, aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin. Detik itu, baru aku tahu bahawa aku sebuah pasu yang cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yang menuntut aku bersabar tersebut, aku pasti takkan mempunyai nilai seperti hari ini. Aku mungkin hanya akan menjadi pasu tidak bernilai, tersadai di satu sudut rumah dan berlumut.

Seterika antik  :  Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian Dia menghujani rahmat di sebalik setiap ujian tersebut.

Pasu            :    Betul tu. Allah tidak pernah menzalimi hamba2-Nya. Tidak sekali-kali. Aku  redha dan bersabar sedikit, alhasil kini aku dipamerkan megah.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 
(Surah al-Insyirah : 5-6)

 Kita sering merungut apabila berdepan dengan kesusahan seperti rungutan sebuah pasu di atas. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan, apatah lagi menzalimi hamba-Nya. Allah hadirkan kesusahan untuk menghadiahkan sesudah itu kesenangan. Malah dalam ayat di atas, pengulangan wujud sebagai penegasan. Apakah kita masih ragu-ragu apabila kata-kata yang menduduki tempat pertama di dunia yang boleh dipercayai ini (ayat Allah) diulangi 2 kali?

Di samping itu, kejayaan hanya akan mampu digapai dengan keringat dan penat jerih. Mana mungkin dengan berpeluk tubuh dan goyang kaki, kejayaan, kecemerlangan datang bergolek. Mungkin ada, namun hanya satu dalam sejuta.

Kadang-kadang, bila kita ada masalah atau sedang menghadapi satu ujian yang sangat kecil, kita mudah melenting kepada Allah. Macam-macam persoalan yang kita bangkitkan. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang kita tahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ada pula kita marah pada Allah kerana perlakukan kita dengan masalah dan berbagai dugaan. 
Secara tidak sedar, sebenarnya kita tak yakin dan percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita.

"Yakin dan percaya = Iman"

Ujian atau masalah itu sebenarnya adalah penilai bagi iman kita. Jika kita benar-benar redha dan pasrah dengan aturan Allah, kita hanya akan tersenyum dan menerima apa sahaja yang Allah aturkan pada kita. Sebaliknya, kita akan bangkitkan banyak persoalan dan ada pula yang marah pada Allah kerana perlakukan kita sedemikian rupa. Jika perhatikan pada Surah Al-Insyirah,
"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)"
tetapi oleh sebab kita mudah lenting dan tidak yakin juga percaya pada Allah, iman kita telah berkurangan dan kita telah jauh daripada petunjuk. Bukankah Allah yang telah memberi masalah dan ujian itu pada kita? Dan sepatutnya kita mohon pada Allah agar selesaikan masalah dan ujian itu. Namun kebanyakkannya, kita mengeluh, marah pada Allah dan tidak mohon pada-Nya agar dipermudah dan diselesaikan masalah itu. Tak solat, tak baca Al-Quran dan berzikir. Mana mungkin petunjuk untuk selesaikan masalah atau ujian itu. Sebaiknya, kita lebih dekatkan diri pada Allah ketika ditimpa masalah dan ujian namun janganlah pula setelah kita menggapai kesenangan, kita lupa yang dahulu kita pernah susah dan dekatkan diri kepada Allah. Bak kata pepatah,
"Kawan ketawa ramai, kawan menangis kurang"

Usah kita lupa pada Allah setelah Dia berikan kita kemudahan dan kesenangan setelah kesulitan. Sentiasalah mengenang tatkala kita menghadapi kesusahan siapa yang tolong? Manusia hanyalah perantara dan Allah lah yang sebenarnya yang telah menolong kita dalam apa jua urusan.
Oleh sebab itu, di kala kita resah, sedih dengan masalah atau ujian yang sedang dihadapi, mohonlah pada Allah, baca dan hayati maksud surah ini dan yakin juga percayalah Allah akan berikan kita kesenangan setelah Dia memberikan kita kesulitan.

(Diceduk dari Ilmi-Islam.com)

** Aku menjadi pendengar masalah dan berkongsi sama rasa sedih.  Walaupun memahami apa yang dirasa kerana sendiri merasa perkara yang sama, tetapi aku tetap memberi kata2 positif supaya mereka tidak putus asa dan terus bersedih.  Aku cuba merawat hati2 mereka dengan kata2 yang memberi semangat supaya tidak terus ada perasaan marah, benci dan aku menanamkan rasa kasih dan sayang yang tidak putus.  Tetapi, bila kami diperlakukan yang tidak sepatutnya, aku tidak boleh terima.  Buat benda yang betul tapi dipersalahkan.  Tetap dipersalahkan.  Usik la aku, benci la aku, tidak apa.  Tapi jangan usik hb aku yang banyak berkorban dan memberi kesenangan kerana terlalu banyak pengorbanannya, hargailah dia, hormatilah dia.  Aku tidak minta budinya dibalas, cukup sekadar menghormati pengorbanannya.  Jangan persalahkan kami atau sesiapa sahaja.  Lihat dari diri sendiri dulu, muhasabah diri.  Sebagai manusia kita sentiasa perlu muhasabah diri.

Aku pasrah dengan dugaan dari Mu Ya ALLAH.  Aku bersyukur diduga begini kerana ini lah namanya pengalaman hidup dan mengajar aku untuk lebih matang dalam mengharungi hidup di dunia ini.  Aku diduga, hb diduga, anak2 diduga.  Aku bersyukur kepadaMu Ya ALLAH.  Walau dalam keadaan begini, anak2 begitu memahami dan merasai apa yang kami rasa.  Alhamdulillah mungkin dengan cara aku didik mereka, untuk usia mereka yang masih mentah, mereka sudah memahami dengan matangnya apa yang berlaku.

Ya ALLAH, tenangkanlah jiwa kami sekeluarga.  Kami tidak pernah membenci mereka.  Malah kami terlalu menyayangi mereka.  Kami bersyukur kepadaMu Ya ALLAH.  Kami diduga dengan kesulitan sekarang tapi kami yakin akan kesenangan yang akan kami dapat kemudian, kesenangan hati dan lain2.  Ya ALLAH, sesungguhnya Kau tahu isi hati kami...

Ya ALLAH, lembutkanlah hati mereka dan juga hati kami, tunjukanlah kebenarannya.  Kami redha dengan segala yang telah Engkau tetapkan...

Tuesday, November 8, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Surat

30 Oktober 2011 (Ahad)

*  Tunjuk surat dan mohon restu.
*  Macam nak terkeluar biji mata besor aku ni.  Terkejut sebab xsangka sekarang, bukannya tahun depan (dah lain dari apa yang dirancang).
*  Banyak diam dan mendengar.
*  Terus beri restu (sebab memahami situasi hb, supaya ini dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya).
*  Hb terkejut dengan restu (sebab dia dah bayangkan reaksi aku, boleh dia bayangkan aku akan pengsan bila dengar apa yang dia nak cakap, heheheh....exaggerating betul la hb aku ni...siap dia bagi dialog lagi apa aku akan cakap, restu yang xdijangka).
*  Hb rasa lega yang amat dan bersemangat untuk meneruskan niat (teruskan semangat...aku sentiasa dekat untuk menyokong).

31 Oktober 2011 (Isnin)

*  Surat dah diberi dan disokong.
*  Hb rasa lega yang amat (yang di atas lega sebab aku bagi restu, yang ni lega sebab berjaya, nekad hantar surat letak jawatan dan seperti terlepas 1 beban di bahunya).
*  Hb bersemangat untuk buat sesuatu yang baru (bidang lain, semoga berjaya).

1 November 2011 (Selasa)

*  Bermula la hidup baru kami (harap lebih baik dan aku akan terus menyokong hb dalam susah ataupun senang).

1.11.11 - Tarikh yang cantik untuk memulakan hidup baru...hehe..(semoga dipermudahkan segala2nya, dimurahkan rezeki dan yang baik2 belaka).

Sunday, October 30, 2011

Platonik

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal hubungan platonik ni.  Tajuk ni bukan dari perkataan yang aku reka sendiri tetapi adalah fakta.  Hari ni aku dah dapat feel dan nak kongsikan pandangan aku pasal platonik ni.

Platonik?  Apa tu?  Maksudnya ialah "Hubungan persahabatan yang intim antara lelaki & perempuan tanpa didorong oleh perasaan cinta @ nafsu & kemesraan yang terjalin antara mereka menampakkan mereka seolah2 mempunyai hubungan cinta".

Kawan?  Pada aku kawan mudah dicari.  Bila kita keluar berjalan2, jumpa seseorang, kita senyum, sembang sikit2, tanya nama, tukar2 no telefon, dah boleh jadi kawan.  Kalau kita kat tempat keje, kira orang2 kat opis tu dah kira kawan kita.  Mudahkan dapat kawan? Semua orang ada kawan.  Macam2 perangai, macam2 rupa dan macam2 lagi lah..

Tapi ramai ke yang ada kawan platonik?  Macamana penerimaan orang mengenai platonik ni?  Wujudnya perkenalan dengan berlainan jantina dan mula selesa untuk bersama.  Mula2 jadi kawan biasa, berkongsi cite2 biasa, kemudian bila dah rasa selesa sikit mula berkongsi cite2 yang lebih peribadi, contohnya  berkongsi masalah, rasa dan macam2 lagi.  Kawan ini akan sentiasa bersedia untuk menolong dan mereka perlukan antara 1 sama lain.  Bila dah terlalu rapat, timbul pula perasaan cinta.  Denggg!!!!  Ini dah bukan namanya platonik.  Hubungan yang ke arah platonik, tapi telah berlebihan hingga menimbulkan perasaan cinta.

Pada pandangan aku, memang susah untuk mengekalkan hubungan platonik ni.  Kebanyakannya akan berakhir dengan perasaan cinta, kerana terlalu rapat dan terlalu memahami pasangannya, terlalu melayani perasaan dan kebetulan kedua2nya masih single.  Tapi ada juga yang single, masih mengekalkan hubungan platonik ini kerana pasangan mereka bukan taste mereka untuk dijadikan suami/isteri, cukup sekadar mereka selesa bersama sebagai platonik.  Ramai juga yang memandang serong akan hubungan platonik ini kerana ramai yang tidak percaya hubungan ini akan berakhir selama2nya begini.

Tidak dinafikan, xramai yang boleh menjaga hubungan ini.  Aku terlibat di dalam hubungan platonik ini.....jeng..jeng..jeng....

Aku ditakdirkan untuk mengenali BFF aku 6 tahun lepas apabila aku mendapat keje di tempat yang sama.  Bermula dengan dia sebagai kawan opis aku.  Kemudian kalau ada problem kete, aku akan minta tolong dia.  Aku sendiri xtau kenapa aku cari dia.  Padahal masa tu tiada sesiapa pun yang bagitau dia ni boleh tengok2 problem kete.  Mungkin gerak hati nak tanya dia.

Aku ni pulak seorang yang suka bercite ngan hb, xkisah la cite apa2pun sb aku n hb memang terbuka untuk berkongsi apa shj.  So, aku cite kat hb pasal dia.  Hb ok je sb dia tau aku ni mesti ada je kawan lelaki yang nak rapat.  Dan aku pula mesti akan cite kat hb, sb aku xsuka sorok apapun dengan dia.

Kami jadi rapat selepas itu, dia luahkan masalah dia, aku mendengar.  Aku bercite apa sahaja ngan dia, kadang2 benda2 xpenting pun, remeh sangat dan dia mendengar dengan penuh minat....hehehe...(tq tau).  Aku boleh berkongsi pendapat dengan dia, kami suka warna yang sama, minuman yang sama.  Kadang2 juga terjadi perkara yang lebih kurang ataupun sama dalam kehidupan seharian kami.  Kalau cite kat orang, confirm orang xcaya.  Takut pun ada..tapi macamana nak elakkan?

Aku amat bertuah kerana hb aku begitu memahami.  Jika aku rasa nak lepak ngan dia, aku akan minta izin hb dan selalunya memang dia xpenah halang.  Mungkin sb aku tidak sorok atau menipu hb.  Bila aku bercite ngan BFF aku, bukan bermakna aku tidak berkongsi ngan hb.  Aku akan share juga dengan hb.  Aku dan BFF aku kadang2 cite kosong je, tapi kami seronok berkongsi.  Rasa lega, lapang dada, kesimpulannya best la.  Aku memang suka berkawan, bercakap dan memberi pandangan.  Dari situ aku rasa otak aku berjalan dan aku akan mendapat ilmu.  Tetapi, bukan semua orang aku boleh rapat dan bebas untuk bercite apa saje.  Aku sedikit reserve dan bila aku rasa selesa dan ada kepercayaan, baru la aku boleh rapat.  Aku agak memilih untuk mendapatkan yang berkualiti...cewahh...

Hubungan kami ini tidak direstui oleh kebanyakan kawan2 di opis.  Ramai yang memandang serong, cemburu, seronok menabur fitnah kepada kami.  Masa mula2 aku terima semua ni, aku cukup tertekan.  Aku marah, menangis, benci dan macam2 rasa.  Aku kongsikan dengan hb dan dia memberi semangat kepadaku. Dengan restu hb la hubungan platonik ni masih berjalan lancar sehingga ke hari ni dan aku harap akan berkekalan.

Tapi aku faham kenapa mereka jadi begitu.  Mereka susah nak jumpa satu hubungan platonik.  Dan sekiranya ada, kebanyakannya tidak menjadi platonik, maklumlah lelaki dan perempuan sebagai sahabat baik.  Boleh ke?  Betul, aku xnafikan pun, memang susah nak jumpa dan berjaya.  Aku, bila aku berkawan, aku tidak akan anggap kawan aku lebih dari platonik.  Dan bila aku terbabit dalam hubungan platonik, aku tidak anggap pasangan aku ni pasangan cinta.  Aku cukup menghormati sebuah persahabatan.  Jika aku anggap sahabat, sahabat la dia.  Tidak boleh jadi lebih dari itu. 

Cinta aku hanya pada hb aku seorang, tidak dapat aku nak ungkapkan dan terangkan macamana aku rasa.  Aku dan dia hanya setakat sahabat sejati.  Aku senang bersahabat dengannya kerana peribadinya yang baik, sanggup membantu bila aku memerlukan.  Sanggup mendengar luahan hati aku ni, tidak lokek memberi pendapat, ...Dan aku nk kekalkan hubungan ini selama2nya.

Aku rasa selamat bila aku dengan dia.  Aku percayakan dia dan dia percayakan aku.  Kami sudah mengenali keluarga masing2, anak2 aku cukup mesra dengannya.  Hb aku boleh duduk semeja minum dan bercite dengannya.  Aku senang sekali dengan keadaan ini.  Kenapa aku kena tinggalkan perkara yang aku suka buat hanya untuk memenuhi dan menjaga perasaan orang lain.

Bagi mereka yang tidak senang dengan kami, aku minta maaf kerana kami akan terus begini.  Kami tidak berpura2 dan jika boleh, tolong la terima kami sebagai sahabat baik.  Tolongla jangan fitnah kami lagi.  Kami hanya bersahabat, hb aku tau, keluarga aku tau, anak2 aku tau, mak bapak dia tau, adik-beradik dia kawan2 aku dan aku anggap macam adik2 aku.  Tolonglah berfikiran terbuka dan menerima.  Jika masih tidak boleh juga, tolonglah hentikan segala fitnah. 

Akhir kata, fahamilah maksud PLATONIK..sesungguhnya hubungan ini wujud sebab itu wujudnya perkataan PLATONIK. 

Thursday, October 27, 2011

Give up

I plan to give up!!!

Kenyataan & Harapan

Isu:

Mak suka bercerita atau mengadu hal anak yang sorang ni pada anak2 lain (so, anak2 lain dah pandang lain macam kat anak Mak yang sorang ni, tapi hakikatnya ada anak2 lain ni tanya masalah adik-beradik ni?).  Mak suka melebihkan anak2 pilihannya, melebihkan cucu2 zuriat dari anak2 pilihannya.  Bila cucu2 ini sakit, bergegas Mak datang melawat dan menjaga mereka.  Tetapi, kenapa Mak tak buat benda yang sama pada cucu2 bukan pilihan Mak?  Cucu2 Mak jugakan?  Kenapa kena ada beza kasih sayang?  Anak2 Mak terasa, Mak....  Bila anak2 pilihan Mak bebape hari xcall Mak, cepat je Mak call diaorang, tapi bila anak2 bukan pilihan Mak ni xcall, Mak buat xtau je, Mak cakap belakang.  Mak tetap salahkan anak2 bukan pilihan ini.  Kenapa Mak?  Apa salah anak2 bukan pilihan Mak ni?  Kat dinding dapur rumah, no2 telefon anak2 pilihan Mak je Mak paparkan.  Mana pegi no2 telefon anak2 bukan pilihan Mak ni?  Anak2 ni bukan anak2 Mak ke?  Kenapa Mak?  Mak tau x anak2 bukan pilihan Mak ni jauh hati? 

Kenyataan:

Tidak dinafikan memang ada ibu bapa yang memilih kasih (melebihkan anak2 tertentu) mungkin sebab kecerdikan, kecantikan, kebersihan, kebaikan, kemewahan dan sebagainya.  Perkara ni kadang2 tanpa disedari oleh mereka.  Semestinya anak2 yang kurang kelebihan tertentu merasa terpinggir dan berkecil hati.  Jika anak2 membuat kesalahan, senang saje ibu bapa nampak, tapi jika ibu bapa yang buat kesalahan, macam xnampak je.

Perkara macam ni melibatkan hati dan perasaan.  Tetapi kalau kita melihat dari sudut negatif, akan jadi negatif la dan jika kita lihat dari sudut positif, positif la jadinya.

Sebagai seorang anak, walau macamanapun ibu bapa kita, elok ke, xelok ke, baik ke, xbaik ke, kita tidak boleh mempertikaikan sifat mereka.  Bila rasa kecil hati, kita renung2kan la pengorbanan mereka melahirkan kita (bertarung nyawa tu...), menjaga, memberi makan, menyediakan pakaian dan tempat perlindungan, sebagai teman semasa kita ada masalah di sekolah atau di tempat kerja, penasihat kita dan kebaikan mereka kepada kita tidak ternilai oleh wang ringgit.

Apalah sangat terguris hati kita ni sebagai anak dengan tergurisnya hati seorang Mak?  Jatuh hukum berdosa kita buat Mak kecil hati dan menitiskan air mata.  Janganla kita menuding jari kepada sesiapa.  Bertolak ansur dan longgarkan sikit mana yang tegang, kurangkan tekanan, fikir positif, insyaALLAH.  Sedekahkan la Al-Fatihah setiap hari kepada kedua ibu bapa kita (samada yang telah pergi atau yang masih hidup).  Sayangila mereka, jangan ada dendam....

Harapan:

Bagi diri aku sendiri, semua yang di atas adalah satu pengajaran yang penuh berharga buat diri aku sendiri dalam mencorakkan keluarga aku.  Aku pandang dari sudut positif, aku nampak mana kelemahan yang ada dan aku akan cuba untuk tidak melakukan perkara yang sama.  Aku nak jadi lebih baik dan akan cuba untuk tidak memilih kasih.  Aku xnak anak2 aku terasa hati dan merasakan mereka kurang disayangi dan kurang perhatian dari aku.  Aku nak keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat kami.

Aku nak anak2 berfikiran terbuka, jika perlu berbincang, duduk berbincang.  Jangan simpan dalam hati dan tercetusla macam2 perasaan yang boleh jadi dendam....rosak hati kalau macam ni.  Walaupun aku dah cukup dewasa, tidak bermakna aku tidak boleh ditegur oleh anak2.  Aku harap anak2 aku pun berfikiran terbuka dan jika aku ada mengguris hati dan perasaan mereka, aku cukup terbuka untuk ditegur (tapi kena la dengan cara yang betul), tambahan pula bila kita ni dah meningkat umur, terlebih la sensitifnya.

Untuk anak2ku.  Mama nak anak2 Mama baik pakat adik-beradik, buang sifat hasad dengki dan kena sentiasa bersatu.  Mama akan cuba jadi Mama yang terbaik untuk anak2 Mama.  Mama terlalu sayangkan semua.

Friday, October 21, 2011

Cheese Cake

Terliurnya baca tajuk di atas (bagi penggemar2 kek, especially yang berasaskan cheese).

Kek ini tidak perlu dibakar, hanya simpan di dalam peti ais dan boleh dimakan keesokan harinya (kalau xsabar, boleh buat pagi dan makan malam tu.  Kalau xsabar gak, buat pagi dan makan petang dan kalau memang jenis orang yang xsabar, pegi je beli kat kedai kek, ok).

Ini adalah first attempt aku nak buat kek ni.  Xsabarnyer..bahan2 pun senang nak cari dan cara membuatnya pun senang...yeahhh!!  (aku xcakap aku nak buat hari nikan???).


Sesiapa yang berminat, boleh la mencuba resipi ini:

CHEESE CAKE

Base

Biskut Chipsmore @ Digestive @ apa2 biskut yang kita suka (blender @ tumbuk halus).
Butter @ Marjerin (cairkan).  Kalau xnak guna butter @ marjerin, boleh guna cream cheese dan yogurt (sikit shj).  Gaulkan biskut dan butter @ marjerin sehingga boleh dikepal.  Padatkan di dalam loyang.

Kalau malas dan nak mudah, beli je kek spounge dan letak di dalam loyang untuk dijadikan base.

Cream Cheese

1 ketul cream cheese philadhepia (250 gm)
1 cup yogurt (apa2 perasa pun boleh)
1 tin fresh cream
1/2 cawan gula halus
2 sudu air lemon (ikut suka nak bubuh atau tidak)
2 sudu besar gelatin (dikacau suku cawan dengan air didih)

Cara2nya

Gula & cream cheese dipukul hingga kembang, masukkan fresh cream, yogurt dan gelatin, pukul hingga sebati.  Kemudian, tuang ke dalam loyang isi biskut tadi dan sejukkan...walllaaaa...

Senangkan?

Kek tu akan jadi seperti ini (tanpa biskut oreo di atas kek tu...nggeeee....)


Selamat mencuba...

Thursday, October 20, 2011

30 Sebab Aku Bersyukur


1.  Aku bersyukur aku dilahirkan sebagai seorang perempuan (senang nak cari baju cantik2).
2.  Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak Razelan Hj Hashim (Abah kelakar) dan Rohana Darus (walaupun Mak meninggal masa umur aku 2 tahun, xpenah sekali aku dengar citer buruk pasal Mak.  Semua orang puji Mak, Mak cantik, Mak baik, Mak pandai menjahit, Mak pandai memasak, Mak pandai jaga Abah, etc).
3.  Aku bersyukur nama aku Nor Razlina Razelan (nama gabungan Abah dan Mak, adik2 aku xde...hehehe...padan muka).
4.  Aku bersyukur aku dilahirkan di Perak (bukan negeri 'ITU').
5.  Aku bersyukur Tok dan Opah nak jaga dan beri ilmu pada aku (walaupun dimanja tetapi bila masuk bab sekolah dan pelajaran, tiada kompromi..."Ina:  Opah, Ina sakit perut...huhuhuhu...  Opah:  Meh sini Opah sapu minyak.  Jap lagi Tok hantar pegi sekolah.  Ina:  (dalam hati) Adeh...ingatkan menjadi trick aku ni, boleh la xpegi sekolah...hmmmm".
6.  Aku bersyukur aku survive sekolah rendah (aku suka nangis dan buat benda yang xmasuk akal hingga memalukan diri sendiri.  Xnak citer sebab malu.).
7.  Aku bersyukur aku ramai kawan lesbian masa sekolah dulu (ini satu pengalaman best yang dapat aku rasa).
8.  Aku bersyukur aku tak hisap rokok (walaupun kawan2 sekeliling aku masa sekolah dan masa ITM yang merokok, aku xteringin pun dan xterpengaruh.  Bukan la merokok tu berdosa ke apa ke, cuma aku adalah aku, so xboleh paksa2).
9.  Aku bersyukur aku dapat Pangkat 1 dalam SPM (atas pagar je, aku happy sangat2 melompat xhinggat punya, sampai Opah ingat aku jatuh pengsan..hehehehee...)
10.  Aku bersyukur dapat masuk ITM (dapat menimba ilmu, xla otak aku ni tepu macam tebu dan beku macam ais).
11.  Aku bersyukur ditemukan dengan hb aku, (dikenalkan oleh adik iparku yang ketika itu senior aku masa di ITM, ketika umur aku 19 tahun.  Kami berkawan selama 4 tahun, bertunang setahun dan berkahwin sehingga kini sudah 12 tahun 5 bulan).
12.  Aku bersyukur dapat beli apartment (8 tahun tinggal di sana..rindunya suasana tu, terlalu banyak kenangan indah).
13.  Aku bersyukur setelah 2 bulan berkahwin, aku disahkan mengandung...(Dania yang nyaris tidak ada jika aku tak pegi tanya second opinion kat doktor di Assunta...bersyukur sangat2).
14.  Aku bersyukur selepas 4 tahun, aku dianugerahkan Qistina pula (flower lagi..chicky girl).
15.  Aku bersyukur aku dapat duduk rumah teres (apartment dah jual...huhuhu....)
16.  Aku bersyukur aku dapat maid yang baik dan mendengar kata (Anah (sempat berkhidmat selama 5 tahun dan Tatik xsampai lagi setahun).
17.  Aku bersyukur aku dapat keje kat tempat2 yang best2 dengan pengalaman2 yang best dan bos2 yang best.

18.  Aku bersyukur aku dapat kenal BFF aku (orangnya kreatif, pandai menceriakan diri sendiri pada hakikatnya menanggung satu beban yang maha hebat, pandai bercakap, baik hati, suka tolong orang, pandai menjahit...hahahah...oopss... kalau dia baca ni, kalau nak pengsan, pengsan jap je tau, pas tu sambung baca balik...(kenapa xrasa macam nak muntah bila aku puji orang ini?  Sebab.........aku puji dengan ikhlas..hehehehe)).
19.  Aku bersyukur dengan rezeki yang ALLAH tetapkan untuk aku sekeluarga.
20.  Aku bersyukur aku xpendek dan xtinggi sangat, ok2 ajer.
21.  Aku bersyukur mempunyai suami yang cerewet dari segi penampilan dan adab (beradab la sikit kami anak beranak, jangan sesekali makan berbunyi, mesti kena sound..Adik selalu kena..hik..hik..).
22.  Aku bersyukur aku dah boleh buat kek sendiri (kek butter, kek oren, kek xtau nama dan kek cheese coming soon).
23.  Aku bersyukur aku xgemuk dan xkurus sangat.  Aku rasa macam ni ok la kot (walaupun aku ni weight conscious sentiasa).
24.  Aku bersyukur sebab aku ada tabung (walaupun jarang2 aku simpan tabung, tapi sekurang2nya aku ada tabung, ok.  Yang slalu tolong simpankan, xlain dan xbukan...hb.  Yang slalu mengorek balik duit tabung tu sebab xde duit kecik nak bagi anak duit belanja sekolah, xlain dan xbukan..aku...hihiihi..yang penting aku beli tabung tu..yeahhhhh).
25.  Aku bersyukur sebab ramai orang jealous ngan aku.  Kalau aku xelok, nape orang nak jealouskan?  Bila orang jealous, orang tu nak jadi macam aku sebenarnya.  Aku boleh terima jealous yang positif, tapi jealous yang negatif, aku pangkah.  (tiada unsur2 riak di sini, betulllll...).
26.  Aku bersyukur aku ada blog ini dan Dania pun ada blog (masa terisi dengan lebih berfaedah dan sebagai kenangan yang xternilai yang xboleh dicari di mana2).
27.  Aku bersyukur mata aku besar (aku sukeee....)(bila la nak cukup 30 sebab ni?)
28.  Aku bersyukur ada ramai kawan 1Malaysia (yang masih lagi call aku).
29.  Aku bersyukur aku boleh keje hari ini tanpa rasa mengantuk (walaupun semalam ada  3 orang kawan mencurahkan masalah dan luahan hati masing2 sehingga jam 12 tengah malam.  Pas tu aku terkebil2 xboleh tido...pasang earphone dan layan lagu hingga la aku tertido).
30.  Aku bersyukur kerana aku bersyukur (kena ingat selalu, bukan hanya tahu meminta kepada ALLAH, setelah dikurniakan olehNYA, lupa untuk bersyukur).

*  Sebenarnya bukan 30 sebab je aku bersyukur, tapi banyak lagi (kalau nak tulis semua, cramp jari-jemariku ini....lain kali k...

Wednesday, October 19, 2011

Kelu

Benci, suka, rindu, sayang,....kadang2 senang untuk luahkan perasaan kita.  Dan kadang2 cukup susah untuk meluahkannya.  Bukannya kena buat karangan, kena reka ayat panjang2.  Kan hanya sepatah perkataan saje?

Bagi diri aku, cukup mudah untuk aku luahkan kata2 sayang dan rindu pada hb dan anak2.  Tapi sememangnya cukup berat untuk aku luahkan kepada ahli keluarga yang lain.  Sememangnya aku cukup menyayangi mereka.

Pernah aku menyesal kerana tidak meluahkan rasa rindu aku pada Opah.  Kali terakhir aku telefon dan bercakap dengannya, teringin sangat aku luahkan/keluarkan perkataan rindu dan sayang (saat itu memang aku rindu sangat dengan Opah).  Ya ALLAH, betapa susahnya, kelu lidah rasa macam disuntik dengan ubat bius.



Sehingga la beberapa hari lepas tu, Opah meninggal.  Luruh jantungku, menyesal aku tak bagitau Opah yang aku sayang dan rindukannya.  Menyesal...menyesal...  Aku masih lagi rasa sesalan itu.  

Kalau la aku boleh pusing semula waktu, cukup la dapat aku luahkan apa yang terbuku.  Aku akan rasa sangat2 lega.

Untuk tidak mengulangi perkara yang sama, hari ini setelah 36 tahun aku hidup, aku luahkan kepada bapa saudaraku yang aku panggil Ayah.  Aku bagitau yang aku sayangkan dia.  Punya la susah aku nak bagitau, tapi aku berjaya juga.  Lega hanya ALLAH yang tau.  Dan datang satu perasaan yang.......?  Aku happy sangat, setelah apa yang aku lalui hari ini, dengan satu luahan, satu perkataan, aku boleh tersenyum semula (dah rasa macam dapat bonus plak).  Tertutup rasa marah petang tadi.  Power betul satu luahan yang ikhlas.
Mulai hari ini, aku akan cuba buat perkara yang sama dengan ahli keluargaku yang lain.

Macam quote aku, "Treat every day as your last.  Tell your loved ones how much they mean to you & HUG them often".  "Anggaplah hari ini hari terakhir anda.  Bagitau orang2 yang anda sayang bahawa anda sayangkan mereka & PELUK mereka selalu."

?????????

 
AKU BETUL2 TAK FAHAM DENGAN SIKAP2 SESETENGAH  MANUSIA YANG BERKIRA KERJA!!!!!!!!!

SUSAH SANGAT KE NAK TOLONG ORANG???????  AKU CAKAP BAIK2 NGAN KO TADI, KALAU AKU CAKAP BAHASA KASAR, AKU LAYAK LA TERIMA BAHASA KASAR DARI KO. 

AKU TAK SUKA!!!!  KALAU DATANG DARI NEGERI 'ITU', MEMANG PERANGAI KO MACAM TU KE?????

YA ALLAH, TOLONG LA...HAIIHHHHHHH!!!!!!!!!!

Jeng..jeng..jeng..(tak tau nak letak tajuk apa)

Berdebar2
Takut
Was-was
Lega
Gembira

Sebak
Terharu
Sayang

Semua yang di atas adalah perasaan aku pagi ni (pada waktu kejadian).  Ya ALLAH, terima kasih kerana permudahkan segala2nya.

Lokasi:  kantin opis
Watak terlibat:  aku, hb, AbOb, lain2 (tiada di lokasi) dan BFF (pun tiada di lokasi)

Pencetus cerita:  AbOb
Cerita (yang tidak boleh aku ceritakan di sini, hanya yang mengetahui, memahami):  sekian lama cerita ini aku simpan dari hb (bukan niat untuk simpan selama2nya, hanya menunggu masa yang sesuai dan hari ini adalah harinya).  Syukur hb seorang yang sangat memahami dan menerima dengan fikiran yang sangat terbuka (sayang la dia..huhu).

*  Hanya ini yang mampu aku tulis dalam entry pagi ini. Sememangnya aku LEGA & HAPPY!!!!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

Exam


Hari ini hari ke2 anak2 exam akhir tahun.  Semalam aku mengerah segala tenaga dan minda (nak jadi 'supermama' la konon).  Balik dari opis terus ke kedai beli sayur.  Sampai umah, letak handbag (tudung pun lupa nak buka) terus ke dapur.  Siapkan bahan2 untuk memasak dan terus masak (tengah2 masak, baru tersedar tudung belum buka lagi..haihhhh...'supermama' la katakan...).

"Kak, kakak masak cepat dan sedap.  Saya suka tengok.."(ye la ko suka, ko xyah masak...heheheheh..pandai ko bodek aku ek..).  Yang tadi tu dialog bibik aku, Tatik.  Ok, sambung balik, pas masak, mandi...tengok cite Soffiya (sambil tu mulut bising soh anak2 mandi).

Hbs cite Soffiya, solat maghrib dan terus kerah Adik buat Maths n Science.  Sambil2 tu bersiap2 untuk makan malam.  Hbs makan, buat balik Maths n Science (aku ke nak exam ni?).  Dah jenuh cari cara selesaikan Maths bagi Adik paham sampai Adik ngantuk, aku soh basuh muka (disebabkan banyak lagi belum cover untuk Maths dia).  Sian aku tengok dia semalam.  Mama nak Adik tau, Mama buat semua ni untuk Adik dan Kak Long.

Kul 10 malam baru settle ngajar Adik (Dania pun baru habis tuition, dia buat revision dengan Cikgu Ganesh je semalam).  Dan pagi ni, Adik dan Dania minta aku doakan untuk diaorang.  Untuk pengetahuan anak2 Mama, Mama dan Abah sentiasa mendoakan anak2 Mama ni.  Yang penting, kena buat yang terbaik dan ingat pesanan2 Mama tau.

Ya ALLAH, permudahkanlah Nurin Dania Salman dan Nurin Qistina Salman untuk menjawab soalan2 exam akhir tahun ini.  Tenangkanlah hati mereka semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang... Amin...

Saturday, October 15, 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini

Apa yang mampuku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi

Mencintai aku
Dengan seadanya
Mencintai aku
Bukan kerna rupa

Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia
Rela

Mencintai aku
Dengan seadanya
Sanggup menerima
Insan tak sempurna

Atau mungkin cinta
Sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernahku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi
Jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih
Sepenuh hati

Mencintai aku
Dengan seadanya
Mencintai aku
Bukan kerna rupa

Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia
Rela

Mencintai aku
Dengan seadanya
Sanggup menerima
Insan tak sempurna

Atau mungkin cinta
Sebegitu hanya
Kisah dongeng saja..

Mencintai aku
Dengan seadanya
Mencintai aku

Atau mungkin cinta
Sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

* Suka sangat lagu ni. Membawa maksud tersendiri mengikut penerimaan dan pemahaman kehendak hati masing2...(aku punya pemahaman aku sendiri).

Friday, May 13, 2011

Rindu

Rindunya kat anak2ku. Esok dan lusa aku akan bertugas di PWTC, so bermakna aku xbalik umah...warghhhh...

Belum pegi, dah rindu, macamana ni?

Dania n Adik...Mama rindu sangat. Balik ni Mama nak peluk dan picit2 korang...

I love you sayang...love you more...love you most..


Hargailah anak2 kita, mereka tanggungjawab kita.

Wednesday, May 11, 2011

Salah ke aku cakap tadi?

Bersuara salah, tak bersuara pun salah ke? Ishh...jadi bisu la baru ok kot? Tak nak...tak nak....aku tak boleh tak bercakap, walaupun nampak macam aku pendiam, sebenarnya, kalau aku tak bercakap, jadi lemas oooo...

"Belum nak pegi lagi, dah hulur salam?" Itu je ayat yang aku cakap pagi tadi kat suami. Terus dia jawab, "Ni pun salah?" Aik? Salah ke aku cakap tadi?

Adakah disebabkan ribut di Filipina yang menyebabkan cuaca panas sehingga mandi 10 kali pun masih berpeluh membuatkan dia jadi panas dalam?

Apa2 pun, kepada suamiku, aku minta maaf. Aku cuba untuk tidak banyak bercakap musim panas ni. Nanti aku juga yang terasa hati tak tentu pasal.

Menurut cakap paper, minggu depan cuaca akan kembali normal dan tiada lagi bahang panas. So, aku harap, bahang dalaman suamiku pun akan kembali normal...hehehehe... (ke, aku yang tak normal?).

Kesimpulannya, musim panas ni janganlah mengeluarkan statement yang ntah apa2 (walaupun statement tu tak panas, akan jadi panas pada hati seseorang...heheheh...).

Tuesday, April 5, 2011

Kain Dalam

Apa plak isu ni? Huhuhu....malu jekan?

Pagi ni ada perjumpaan bos2 dengan kakitangan bercakap pasal persidangan dan juga pengumuman pasal bonus (yippie....). Best2..nak buat list apa yang nak dibuat dengan duit bonus tu nanti..hehehehe....(kena simpan gak...jangan boros..).

Selepas perjumpaan, aku xjoin makan sebab hari ni hari ke 2 aku pose (insyaALLAH). So, aku terus ke lobi dan terserempak dengan sorang india ni nak tanya soalan. Pas tu aku jumpa BFF aku nak minta dia tolong amik pos laju hb aku kat pos office Puchong.

Pas tu aku naik atas, buat keje dan bla..bla..bla..(dah malas nak tulis la tu). Dah tengahari dan dah janji pun dgn kengkawan nak kuar ke Giant KJ nak cari barang sikit, tiba2 aku terperasan aku xpakai kain dalam!!!

Argghhhh....malunya. Macamana aku boleh lupa???

Selalunya baju yang aku pakai ni mesti aku pakai kain dalam sekali, tapi...adakah ini tanda ????

Faktor umur? Ish, aku xrasa. Aku rasa kepala otak aku ni xboleh fikir banyak. Kalau fikir banyak, akan jadi migrain atau lupa macam ni.

Ish...ish..ish... Ina..Ina.. So, kengkawan pun dah tinggalkan aku...sian kat aku.

Moral of the story, kain dalam tu penting k...hahahahaha.... kadang2 kita kena buang apa yang xbape penting dalam kepala otak kita ni. Fokuss...

Thursday, March 10, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku... ku amat mencintai
kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik
lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua
yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

*** Ayang sayang Abang ...

Salah Bantal

Dah nak seminggu aku tidur salah bantal. Sakitnya tengkuk dan bahu ni.

Dah disapu minyak, dah diurut, dah dipijak tapi semuanya tak jalan. Last2 aku ingat nak cuba petua orang dulu2, jemur bantal, pas tu minta tolong sapa2 yang kat rumah tu hempuk je bantal tu kat tempat yang sakit. Tapi dengan syarat aku tak sedar (contohnya, tengah aku relax2 tengok tv, hempuk la masa tu).

Petua dah dapat, so aku pun minta tolong bibik buatkan. Bila aku cakap kat bibik, muka dia terus berubah (susah ke permintaan aku???). Rupa2nya dia tak sanggup nak buat. Aduh.. dah lebih 1001 kali aku cakap, tak pe aku tak kisah dan tak marah. Tetap dia tak sanggup nak buat. Malas nak cakap dah, dah penat mulut aku.

Aku minta tolong Dania. Reaksi yang sama dia bagi. Aduh!!!! Sapa nak tolong aku nih??

Adik je aku tak minta tolong, sebab? Sebab, dia kalau berani nak hempuk aku pun, alahai...hempukan tu sama dengan saiz badan dia. Tak mencabar betul...

Balik umah hari ni, aku nak minta tolong bibik jugak hempuk. Kalau dia tak nak, aku potong gaji dia...(hik..hik..hik..kejam ke? Takkan la aku nak buat macam tukan?). Tak kira..tak kira..nak dihempuk gak.

Kesimpulan dari cite di atas, lain kali, bila nak tidur pastikan badan kita dalam keadaan relax. Kadang2 kita ingat badan kita relax, tapi hakikatnya masih dalam keadaan yang tak relax (boleh bayangkan x?). Kita cuba longgarkan urat2 kita dan tidur. Ok, selamat mencuba malam ni.

Wednesday, March 9, 2011

Kawan makan kawan

 
Kawan makan kawan? Apalah maknanya? Apa yang sedapnya makan kawan ni? Makan la nasi ke meehoon ke..haih... Ayat pun dah xsedap, nak makan gak ke?

Aku amik ikhtibar dari ayat tu. Pada pendapat aku, seorang kawan sepatutnya ikhlas berkawan, dan bila terguris hati, apa sahaja yang pernah dikongsi bersama kawan tersebut patutnya disimpan rapi di dalam diri dan bukan untuk diceritakan/diaibkan. Tapi kebanyakan kita ni bila bergaduh je, mula la buka cerita aib kawan kita tadi. Patut ke? Xpatut..xpatut...

Yang patutnya kita amik semua yang berlaku sebagai pengajaran untuk kita muhasabah diri kita. Jadi lebih baik dari semalam. Xgitu?

Senyap sejenak dan fikirkanlah, kemudian amalkan untuk kepentingan/kebaikan diri sendiri.