Wednesday, December 7, 2011
Doa
A: Na, ko doakan ALLAH permudahkan urusan aku ye.
Aku: InsyaALLAH, aku akan doakan ko.
Dulu, bila kawan2 minta aku doakan untuk diaorang, aku akan jawab macam di atas. Pas je jawab macam tu, aku dah lupa dah (xamik berat akan permintaan kawan2 tadi). Aku amik mudah je, memang la orang selalu cakap, bila kita dah cakap akan doakan, maknanya kita dah kira doakan untuk orang tu. Tapi, sebenarnya, aku rasa kalau xikhlas dari hati si pendoa, ALLAH terima ke doa tu?
Aku ada baca 1 e-mail ni mengenai seorang lelaki ni accident teruk dan dalam keadaan nazak. Segala usaha telah dilakukan untuk cubaan menyelamatkannya, tapi tidak juga berjaya. Hanya doa dan keizinan dari ALLAH yang mampu menyelamatkannya. So, ahli keluarganya minta kawan2, saudara mara dan jiran2 mendoakan beliau supaya beliau sedar dan sihat semula. Tidak dinafikan, mereka semua berdoa. Tapi beliau tetap tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Kemudian, ada sekumpulan pelajar tahfiz yang dapat tau beliau sakit. Semasa beliau sihat, beliau pernah sekali menyumbangkan derma ikhlas ke sekolah pelajar2 tersebut. Disebabkan mengenangkan jasa beliau yang cukup besar kepada mereka, mereka telah melakukan solat hajat dan berdoa dengan penuh keikhlasan supaya beliau kembali sedar. Alhamdulillah, berkat doa yang ikhlas dari mereka, lelaki tersebut telah sedar dan beransur pulih.
Betapa makbulnya doa seorang yang ikhlas. Selepas aku habis membaca e-mail tersebut, aku nekad setiap kali kawan2 atau sesiapa saja yang minta aku doakan untuk mereka, aku doakan dengan sepenuh hati dan ikhlas dengan menyebut nama penuh mereka dan membayangkan wajah mereka. Aku xnak lagi pandang ringan permintaan yang macam ini.
Aku berharap juga kepada kawan2ku serta ahli keluargaku yang aku sayang turut ikhlas mendoakan aku sentiasa...Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment