Sunday, December 4, 2011
Ombak Rindu
Sebaik shj tau novel Ombak Rindu dari Fauziah Ashari ni akan dibuat filem, Farid terus soh aku beli novel ni. Dia sanggup tolong belikan, aku ni ikutkan aje lagipun memang suka membaca apa shj bahan yang menarik. Masa tu aku memang xtau sapa pelakon2nya. Ambik masa la gak aku nak membaca sebab Farid soh aku beli 3 novel serentak (aku ikutkan aje). So, Ombak Rindu aku baca last sekali dan dah separuh baca, aku macam tau je jalan cite dia.
Kalau xsilap aku, aku penah baca novel ni (aku ni short term memory sikit, so lambat nak ingat) sebab aku boleh tau apa jalan cite seterusnya. Tapi, xpelah, aku refreshkan balik memory sebab aku target nak tengok movie ni. Minggu lepas, Farid cuba dapatkan 2 tiket untuk aku n hb tengok pada Majlis Gala Pratonton di Pavilion, KL. Tapi sayangnya tiket dah xde...huk..huk.. (anyway, tq Farid, ko xpenah lupa kat kitaorang, ko memang tau kitaorang ni kaki teater n wayang...hehehe...). So, disebabkan tayangan start 1 Disember, aku nekad nak habiskan novel ni sebelum 1 Disember. Tepat pada 1 Disember 2011 aku siap katam novel ni.
Tapi, aku cukup kurang teruja sikit bila Maya Karin diberikan watak Izzah. Aku xpertikaikan kredibiliti lakonan dia, tapi cuma muka dia yang campuran tu xsesuai dengan watak Izzah, seorang gadis melayu tulen.
Walau macamanapun, aku cakap ngan hb aku nak gak tengok movie ni. Nak sangat2 dan hari ni dia bawak aku n anak2 tengok. Dari mula2 start aku dah sebak (mungkin sebab aku dah baca novel tu) sampai la ke akhir cite. Keje aku, tengok, nangis, stop nangis, nangis balik, stop lagi n nangis lagi....nasib baik bawak tisu lebih.
Pada aku cite ni memang best, dibawakan oleh pelakon2 yang cukup hebat, cuma bagi aku yang dah baca novel ni, aku rasa xpuas sebab banyak isi2 yang penting dan menarik tidak dimasukkan (well, aku faham sebab novel ni panjang dan sebuah filem masanya 2 jam lebih je). Cuma ada bebape adegan yang xbape manis untuk dilihat oleh kanak2 la. Sikit je adegan tu, tapi emmm.....xelok la kalau budak2 nak tengok...
Dan mengenai watak Maya Karin tadi, pada mulanya aku xsuka dia yang melakonkan watak tersebut tapi setelah melihat karektor yang dibawa dengan lakonan yang hebat, hilang wajah campuran yang aku maksudkan tadi. Watak Izzah memang meresap dalam diri Maya Karin, hebat sangat.
Kisah cinta yang terjadi tanpa dirancang, cinta yang betul2 ikhlas dari hati. Kesetiaan seorang isteri, sanggup berkorban hati dan perasaan kerana berasa dirinya tidak layak untuk digelar isteri rasmi seorang lelaki yang berpengaruh. Ketulusan hati seorang kekasih yang mencintai kawan sepermainannya, walaupun sudah bertahun belajar di luar negeri, tapi masih setia dan mengharapkan cinta seorang lelaki. Cinta, kasih dan sayang seorang lelaki yang sebelum ni tidak penah kenal erti cinta yang hanya tau berpoya2 untuk memuaskan nafsunya dan akhirnya tewas dengan cinta seorang gadis kampung yang jujur dan berperibadi mulia. Kisah cinta romantik yang cukup best dan mendalam maksudnya.
Jadi, kesimpulan dari movie tadi, aku bagi thumbs up. Memang best dan sapa yang belum tengok, patut pegi tengok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment