Kebanyakan orang sudah ada FB sendiri. Tidak ketinggalan juga aku, hb dan anak2. Kalau sapa yang tidak ada FB tu, macam pelik jekan?
Pada pandangan aku, FB ni 1 medium yang bagus untuk kita 'jumpa' balik kawan2 lama dan menambah kawan2 baru. Selain dari itu, kita dapat berkongsi hari2 bahagia kawan2 kita, dapat tau birthday kawan2 kita, dapat mengeratkan lagi hubungan yang sebelum ini telah terputus dan juga dapat mengetahui aktiviti serta mendapat sesuatu yang baru dari FB (contohnya bila kawan2 kita share di status pasal benda2 yang baik2 atau ilmu yang boleh diguna pakai).
Tapi, itu sudut2 yang baik yang aku nampak. Sudut yang kurang baiknya ialah, bila seseorang tu letak di status yang menunjukkan riak (contohnya, memberitahu orang yang dia baru beli beg2 branded dan postkan gambar beg tu sekali). Ada pulak yang menulis kata2 yang tidak best mengutuk2 bos atau kawan2 sendiri. Menggunakan bahasa yang kurang manis (padahal di sekolah kita semua mendapat ilmu yang cukup dari segi budi bahasa dan adap sopan, bukan saja di sekolah, di rumah ibu bapa kita mesti ajar kita semua tukan?). Dan bila meningkatnya usia kita, kita sepatutnya semakin hari semakin belajar dari pengalaman, bermakna kita semakin dewasa dan matang dan tidak seharusnya kita downgradekan diri kita dengan sifat2 yang kurang elok.
Bila aku tengok banyak status kawan2 yang macam ni, aku malu, sedih, frust (macam2 rasa yang tak best). Usia semuanya dah matang, kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir dan jangan ikutkan rasa marah yang membuak2. Pada aku, orang2 yang macan ni, dah mem'bogel'kan diri mereka kepada umum secara tidak langsung, membuka pekung peribadi serta memaparkan personaliti yang tidak boleh dihormati. Orang akan nampak diri tu xcukup ilmu pengetahuan, tidak boleh berfikir panjang, tidak pandai menyesuaikan keadaan, orang akan mula rasa kurang hormat dan tak nampak diri tu bernilai.
Aku bukan cakap yang diri aku ni sempurna, tapi, bila aku nampak semua ni, aku cepat2 ingatkan diri aku sendiri supaya aku tidak menjadi seperti mereka ni. Aku hargai apa yang arwah Tok dan Opah serta Abah aku ajar dari aku kecik dan aku akan ingat sampai mati. Aku juga hargai apa yang cikgu2 kat sekolah tu ajar nilai2 murni, sivik dan adap sopan supaya aku akan terus didik anak2ku untuk terus mempertahankan nilai2 tersebut.
Kadang2 ramai yang anggap dengan meletakkan status riak, amarah, maki hamun dan yang kurang sesuai tu satu benda yang hebat dan gah. Sebenarnya itu dah me'nelanjang'kan diri sendiri di mata kawan2 dan kawan2 yang tau dan tidak sama dengan perangai mereka itu akan kurang rasa hormat pada mereka.
Jadi, janganlah riak sebab itu hanya duniawi dan hidup kita ni macam roda, sekarang ALLAH pusingkan kita di atas dan kita boleh juga terpusing ke bawah. Bagi yang suka sangat marah dan maki hamun orang dalam FB tu, cubalah bersabar sikit dan cuba kurangkan perkataan2 maki tu. Bila perkataan2 tu dijadikan ayat, tak sedap bunyinya. Bahasa kita indah, terlalu banyak perkataan yang indah2 dan sangat elok bila dicantumkan menjadi ayat.
Sama2lah kita jaga bahasa dan peribadi kita. InsyaALLAH lebih ramai yang akan suka dan tak mustahil jika terus menggunakan bahasa kesat dan maki, jangan pelik bila friends list kita sikit2 akan berkurangan ataupun kita di'hide'kan.
Secara tidak langsung benda2 yang aku nampak ni, menjadi satu ilmu untuk aku renungkan supaya aku sendiri sedar dan terus ingat. TERIMA KASIH kepada mereka semua.
No comments:
Post a Comment