Dah 2-3 hari ni kelopak mata kanan aku ni asyik bergerak2 je. Setiap beberapa saat, akan bergerak, memang rasa terganggu (kalau orang nampak jelas, nampak macam aku genyit mata kat dia plak, aduyai..malunya).
Bebape hari sebelum ni memang sibuk sikit, so xsempat nak cari apa maknanya. So, hari ni akupun google la saje untuk suka2.
Menurut cakap orang tua2 dulu, kalau kelopak mata kanan bergerak2, kita akan mendapat keuntungan, keamanan, beroleh hartanya dibawa oleh keluarganya dari jauh (ayat diambil dari internet), beroleh kewangan, nak tengok/jumpa orang jauh @ lama terpisah (baru je jumpa sedara-mara yang dah lama xjumpa minggu lepas, tapi, kenapa sehingga ke hari ni kelopak mata ni masih bergerak2?) dan mendapat berita baik.
Bila baca makna2 di atas, semuanya best2 belaka. Walaupun benda ni tak tau sejauh mana betulnya, tapi disebabkan semua tanda2 tu best2 dan cakap orang tua2 dulu, aku nak percaya la...hahahahah.... Lagipun minggu lepas, kelopak mata kiri bergerak2 dan petandanya ialah seorang yang jauh/lama terpisah teringin nak jumpa kita dan ada orang akan berjalan jauh (16 Disember 2011, Pah Muda meninggal dunia, so, kalau ikutkan tanda2 tu dah betul dah).
So, aku berharap sangat aku akan mendapat sesuatu yang lebih baik dan berita gembira dalam waktu terdekat ni. Semoga semuanya juga berjalan dengan lancar...Amin..
No comments:
Post a Comment