Sunday, October 30, 2011

Platonik

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal hubungan platonik ni.  Tajuk ni bukan dari perkataan yang aku reka sendiri tetapi adalah fakta.  Hari ni aku dah dapat feel dan nak kongsikan pandangan aku pasal platonik ni.

Platonik?  Apa tu?  Maksudnya ialah "Hubungan persahabatan yang intim antara lelaki & perempuan tanpa didorong oleh perasaan cinta @ nafsu & kemesraan yang terjalin antara mereka menampakkan mereka seolah2 mempunyai hubungan cinta".

Kawan?  Pada aku kawan mudah dicari.  Bila kita keluar berjalan2, jumpa seseorang, kita senyum, sembang sikit2, tanya nama, tukar2 no telefon, dah boleh jadi kawan.  Kalau kita kat tempat keje, kira orang2 kat opis tu dah kira kawan kita.  Mudahkan dapat kawan? Semua orang ada kawan.  Macam2 perangai, macam2 rupa dan macam2 lagi lah..

Tapi ramai ke yang ada kawan platonik?  Macamana penerimaan orang mengenai platonik ni?  Wujudnya perkenalan dengan berlainan jantina dan mula selesa untuk bersama.  Mula2 jadi kawan biasa, berkongsi cite2 biasa, kemudian bila dah rasa selesa sikit mula berkongsi cite2 yang lebih peribadi, contohnya  berkongsi masalah, rasa dan macam2 lagi.  Kawan ini akan sentiasa bersedia untuk menolong dan mereka perlukan antara 1 sama lain.  Bila dah terlalu rapat, timbul pula perasaan cinta.  Denggg!!!!  Ini dah bukan namanya platonik.  Hubungan yang ke arah platonik, tapi telah berlebihan hingga menimbulkan perasaan cinta.

Pada pandangan aku, memang susah untuk mengekalkan hubungan platonik ni.  Kebanyakannya akan berakhir dengan perasaan cinta, kerana terlalu rapat dan terlalu memahami pasangannya, terlalu melayani perasaan dan kebetulan kedua2nya masih single.  Tapi ada juga yang single, masih mengekalkan hubungan platonik ini kerana pasangan mereka bukan taste mereka untuk dijadikan suami/isteri, cukup sekadar mereka selesa bersama sebagai platonik.  Ramai juga yang memandang serong akan hubungan platonik ini kerana ramai yang tidak percaya hubungan ini akan berakhir selama2nya begini.

Tidak dinafikan, xramai yang boleh menjaga hubungan ini.  Aku terlibat di dalam hubungan platonik ini.....jeng..jeng..jeng....

Aku ditakdirkan untuk mengenali BFF aku 6 tahun lepas apabila aku mendapat keje di tempat yang sama.  Bermula dengan dia sebagai kawan opis aku.  Kemudian kalau ada problem kete, aku akan minta tolong dia.  Aku sendiri xtau kenapa aku cari dia.  Padahal masa tu tiada sesiapa pun yang bagitau dia ni boleh tengok2 problem kete.  Mungkin gerak hati nak tanya dia.

Aku ni pulak seorang yang suka bercite ngan hb, xkisah la cite apa2pun sb aku n hb memang terbuka untuk berkongsi apa shj.  So, aku cite kat hb pasal dia.  Hb ok je sb dia tau aku ni mesti ada je kawan lelaki yang nak rapat.  Dan aku pula mesti akan cite kat hb, sb aku xsuka sorok apapun dengan dia.

Kami jadi rapat selepas itu, dia luahkan masalah dia, aku mendengar.  Aku bercite apa sahaja ngan dia, kadang2 benda2 xpenting pun, remeh sangat dan dia mendengar dengan penuh minat....hehehe...(tq tau).  Aku boleh berkongsi pendapat dengan dia, kami suka warna yang sama, minuman yang sama.  Kadang2 juga terjadi perkara yang lebih kurang ataupun sama dalam kehidupan seharian kami.  Kalau cite kat orang, confirm orang xcaya.  Takut pun ada..tapi macamana nak elakkan?

Aku amat bertuah kerana hb aku begitu memahami.  Jika aku rasa nak lepak ngan dia, aku akan minta izin hb dan selalunya memang dia xpenah halang.  Mungkin sb aku tidak sorok atau menipu hb.  Bila aku bercite ngan BFF aku, bukan bermakna aku tidak berkongsi ngan hb.  Aku akan share juga dengan hb.  Aku dan BFF aku kadang2 cite kosong je, tapi kami seronok berkongsi.  Rasa lega, lapang dada, kesimpulannya best la.  Aku memang suka berkawan, bercakap dan memberi pandangan.  Dari situ aku rasa otak aku berjalan dan aku akan mendapat ilmu.  Tetapi, bukan semua orang aku boleh rapat dan bebas untuk bercite apa saje.  Aku sedikit reserve dan bila aku rasa selesa dan ada kepercayaan, baru la aku boleh rapat.  Aku agak memilih untuk mendapatkan yang berkualiti...cewahh...

Hubungan kami ini tidak direstui oleh kebanyakan kawan2 di opis.  Ramai yang memandang serong, cemburu, seronok menabur fitnah kepada kami.  Masa mula2 aku terima semua ni, aku cukup tertekan.  Aku marah, menangis, benci dan macam2 rasa.  Aku kongsikan dengan hb dan dia memberi semangat kepadaku. Dengan restu hb la hubungan platonik ni masih berjalan lancar sehingga ke hari ni dan aku harap akan berkekalan.

Tapi aku faham kenapa mereka jadi begitu.  Mereka susah nak jumpa satu hubungan platonik.  Dan sekiranya ada, kebanyakannya tidak menjadi platonik, maklumlah lelaki dan perempuan sebagai sahabat baik.  Boleh ke?  Betul, aku xnafikan pun, memang susah nak jumpa dan berjaya.  Aku, bila aku berkawan, aku tidak akan anggap kawan aku lebih dari platonik.  Dan bila aku terbabit dalam hubungan platonik, aku tidak anggap pasangan aku ni pasangan cinta.  Aku cukup menghormati sebuah persahabatan.  Jika aku anggap sahabat, sahabat la dia.  Tidak boleh jadi lebih dari itu. 

Cinta aku hanya pada hb aku seorang, tidak dapat aku nak ungkapkan dan terangkan macamana aku rasa.  Aku dan dia hanya setakat sahabat sejati.  Aku senang bersahabat dengannya kerana peribadinya yang baik, sanggup membantu bila aku memerlukan.  Sanggup mendengar luahan hati aku ni, tidak lokek memberi pendapat, ...Dan aku nk kekalkan hubungan ini selama2nya.

Aku rasa selamat bila aku dengan dia.  Aku percayakan dia dan dia percayakan aku.  Kami sudah mengenali keluarga masing2, anak2 aku cukup mesra dengannya.  Hb aku boleh duduk semeja minum dan bercite dengannya.  Aku senang sekali dengan keadaan ini.  Kenapa aku kena tinggalkan perkara yang aku suka buat hanya untuk memenuhi dan menjaga perasaan orang lain.

Bagi mereka yang tidak senang dengan kami, aku minta maaf kerana kami akan terus begini.  Kami tidak berpura2 dan jika boleh, tolong la terima kami sebagai sahabat baik.  Tolongla jangan fitnah kami lagi.  Kami hanya bersahabat, hb aku tau, keluarga aku tau, anak2 aku tau, mak bapak dia tau, adik-beradik dia kawan2 aku dan aku anggap macam adik2 aku.  Tolonglah berfikiran terbuka dan menerima.  Jika masih tidak boleh juga, tolonglah hentikan segala fitnah. 

Akhir kata, fahamilah maksud PLATONIK..sesungguhnya hubungan ini wujud sebab itu wujudnya perkataan PLATONIK. 

1 comment:

  1. PLATONIK!! Gaa..satu perkataan yg tak pernah gua dengar.Apatah lagi memahami makna perkataan tu. TAHNIAH..krn berjaya menemui perkataan tu.
    Memang jarang & sukar utk menemui persahabatan spt tu....4:1000 agaknya.
    Aiseh...ada pujian aa plak."Blushing' gua.Harharhar...Terima Kasih,krn mempercayai gua.Terharu sgt......
    Syukur/seronok/gembira kenal dgn lu..."KAWAN SEJATI MESTILAH MEMAHAMI"
    (Bersama Selamanya)

    ReplyDelete