Isu:
Mak suka bercerita atau mengadu hal anak yang sorang ni pada anak2 lain (so, anak2 lain dah pandang lain macam kat anak Mak yang sorang ni, tapi hakikatnya ada anak2 lain ni tanya masalah adik-beradik ni?). Mak suka melebihkan anak2 pilihannya, melebihkan cucu2 zuriat dari anak2 pilihannya. Bila cucu2 ini sakit, bergegas Mak datang melawat dan menjaga mereka. Tetapi, kenapa Mak tak buat benda yang sama pada cucu2 bukan pilihan Mak? Cucu2 Mak jugakan? Kenapa kena ada beza kasih sayang? Anak2 Mak terasa, Mak.... Bila anak2 pilihan Mak bebape hari xcall Mak, cepat je Mak call diaorang, tapi bila anak2 bukan pilihan Mak ni xcall, Mak buat xtau je, Mak cakap belakang. Mak tetap salahkan anak2 bukan pilihan ini. Kenapa Mak? Apa salah anak2 bukan pilihan Mak ni? Kat dinding dapur rumah, no2 telefon anak2 pilihan Mak je Mak paparkan. Mana pegi no2 telefon anak2 bukan pilihan Mak ni? Anak2 ni bukan anak2 Mak ke? Kenapa Mak? Mak tau x anak2 bukan pilihan Mak ni jauh hati?
Kenyataan:
Tidak dinafikan memang ada ibu bapa yang memilih kasih (melebihkan anak2 tertentu) mungkin sebab kecerdikan, kecantikan, kebersihan, kebaikan, kemewahan dan sebagainya. Perkara ni kadang2 tanpa disedari oleh mereka. Semestinya anak2 yang kurang kelebihan tertentu merasa terpinggir dan berkecil hati. Jika anak2 membuat kesalahan, senang saje ibu bapa nampak, tapi jika ibu bapa yang buat kesalahan, macam xnampak je.
Perkara macam ni melibatkan hati dan perasaan. Tetapi kalau kita melihat dari sudut negatif, akan jadi negatif la dan jika kita lihat dari sudut positif, positif la jadinya.
Sebagai seorang anak, walau macamanapun ibu bapa kita, elok ke, xelok ke, baik ke, xbaik ke, kita tidak boleh mempertikaikan sifat mereka. Bila rasa kecil hati, kita renung2kan la pengorbanan mereka melahirkan kita (bertarung nyawa tu...), menjaga, memberi makan, menyediakan pakaian dan tempat perlindungan, sebagai teman semasa kita ada masalah di sekolah atau di tempat kerja, penasihat kita dan kebaikan mereka kepada kita tidak ternilai oleh wang ringgit.
Apalah sangat terguris hati kita ni sebagai anak dengan tergurisnya hati seorang Mak? Jatuh hukum berdosa kita buat Mak kecil hati dan menitiskan air mata. Janganla kita menuding jari kepada sesiapa. Bertolak ansur dan longgarkan sikit mana yang tegang, kurangkan tekanan, fikir positif, insyaALLAH. Sedekahkan la Al-Fatihah setiap hari kepada kedua ibu bapa kita (samada yang telah pergi atau yang masih hidup). Sayangila mereka, jangan ada dendam....
Harapan:
Bagi diri aku sendiri, semua yang di atas adalah satu pengajaran yang penuh berharga buat diri aku sendiri dalam mencorakkan keluarga aku. Aku pandang dari sudut positif, aku nampak mana kelemahan yang ada dan aku akan cuba untuk tidak melakukan perkara yang sama. Aku nak jadi lebih baik dan akan cuba untuk tidak memilih kasih. Aku xnak anak2 aku terasa hati dan merasakan mereka kurang disayangi dan kurang perhatian dari aku. Aku nak keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat kami.
Aku nak anak2 berfikiran terbuka, jika perlu berbincang, duduk berbincang. Jangan simpan dalam hati dan tercetusla macam2 perasaan yang boleh jadi dendam....rosak hati kalau macam ni. Walaupun aku dah cukup dewasa, tidak bermakna aku tidak boleh ditegur oleh anak2. Aku harap anak2 aku pun berfikiran terbuka dan jika aku ada mengguris hati dan perasaan mereka, aku cukup terbuka untuk ditegur (tapi kena la dengan cara yang betul), tambahan pula bila kita ni dah meningkat umur, terlebih la sensitifnya.
Untuk anak2ku. Mama nak anak2 Mama baik pakat adik-beradik, buang sifat hasad dengki dan kena sentiasa bersatu. Mama akan cuba jadi Mama yang terbaik untuk anak2 Mama. Mama terlalu sayangkan semua.
No comments:
Post a Comment