Thursday, October 20, 2011
30 Sebab Aku Bersyukur
1. Aku bersyukur aku dilahirkan sebagai seorang perempuan (senang nak cari baju cantik2).
2. Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak Razelan Hj Hashim (Abah kelakar) dan Rohana Darus (walaupun Mak meninggal masa umur aku 2 tahun, xpenah sekali aku dengar citer buruk pasal Mak. Semua orang puji Mak, Mak cantik, Mak baik, Mak pandai menjahit, Mak pandai memasak, Mak pandai jaga Abah, etc).
3. Aku bersyukur nama aku Nor Razlina Razelan (nama gabungan Abah dan Mak, adik2 aku xde...hehehe...padan muka).
4. Aku bersyukur aku dilahirkan di Perak (bukan negeri 'ITU').
5. Aku bersyukur Tok dan Opah nak jaga dan beri ilmu pada aku (walaupun dimanja tetapi bila masuk bab sekolah dan pelajaran, tiada kompromi..."Ina: Opah, Ina sakit perut...huhuhuhu... Opah: Meh sini Opah sapu minyak. Jap lagi Tok hantar pegi sekolah. Ina: (dalam hati) Adeh...ingatkan menjadi trick aku ni, boleh la xpegi sekolah...hmmmm".
6. Aku bersyukur aku survive sekolah rendah (aku suka nangis dan buat benda yang xmasuk akal hingga memalukan diri sendiri. Xnak citer sebab malu.).
7. Aku bersyukur aku ramai kawan lesbian masa sekolah dulu (ini satu pengalaman best yang dapat aku rasa).
8. Aku bersyukur aku tak hisap rokok (walaupun kawan2 sekeliling aku masa sekolah dan masa ITM yang merokok, aku xteringin pun dan xterpengaruh. Bukan la merokok tu berdosa ke apa ke, cuma aku adalah aku, so xboleh paksa2).
9. Aku bersyukur aku dapat Pangkat 1 dalam SPM (atas pagar je, aku happy sangat2 melompat xhinggat punya, sampai Opah ingat aku jatuh pengsan..hehehehee...)
10. Aku bersyukur dapat masuk ITM (dapat menimba ilmu, xla otak aku ni tepu macam tebu dan beku macam ais).
11. Aku bersyukur ditemukan dengan hb aku, (dikenalkan oleh adik iparku yang ketika itu senior aku masa di ITM, ketika umur aku 19 tahun. Kami berkawan selama 4 tahun, bertunang setahun dan berkahwin sehingga kini sudah 12 tahun 5 bulan).
12. Aku bersyukur dapat beli apartment (8 tahun tinggal di sana..rindunya suasana tu, terlalu banyak kenangan indah).
13. Aku bersyukur setelah 2 bulan berkahwin, aku disahkan mengandung...(Dania yang nyaris tidak ada jika aku tak pegi tanya second opinion kat doktor di Assunta...bersyukur sangat2).
14. Aku bersyukur selepas 4 tahun, aku dianugerahkan Qistina pula (flower lagi..chicky girl).
15. Aku bersyukur aku dapat duduk rumah teres (apartment dah jual...huhuhu....)
16. Aku bersyukur aku dapat maid yang baik dan mendengar kata (Anah (sempat berkhidmat selama 5 tahun dan Tatik xsampai lagi setahun).
17. Aku bersyukur aku dapat keje kat tempat2 yang best2 dengan pengalaman2 yang best dan bos2 yang best.
18. Aku bersyukur aku dapat kenal BFF aku (orangnya kreatif, pandai menceriakan diri sendiri pada hakikatnya menanggung satu beban yang maha hebat, pandai bercakap, baik hati, suka tolong orang, pandai menjahit...hahahah...oopss... kalau dia baca ni, kalau nak pengsan, pengsan jap je tau, pas tu sambung baca balik...(kenapa xrasa macam nak muntah bila aku puji orang ini? Sebab.........aku puji dengan ikhlas..hehehehe)).
19. Aku bersyukur dengan rezeki yang ALLAH tetapkan untuk aku sekeluarga.
20. Aku bersyukur aku xpendek dan xtinggi sangat, ok2 ajer.
21. Aku bersyukur mempunyai suami yang cerewet dari segi penampilan dan adab (beradab la sikit kami anak beranak, jangan sesekali makan berbunyi, mesti kena sound..Adik selalu kena..hik..hik..).
22. Aku bersyukur aku dah boleh buat kek sendiri (kek butter, kek oren, kek xtau nama dan kek cheese coming soon).
23. Aku bersyukur aku xgemuk dan xkurus sangat. Aku rasa macam ni ok la kot (walaupun aku ni weight conscious sentiasa).
24. Aku bersyukur sebab aku ada tabung (walaupun jarang2 aku simpan tabung, tapi sekurang2nya aku ada tabung, ok. Yang slalu tolong simpankan, xlain dan xbukan...hb. Yang slalu mengorek balik duit tabung tu sebab xde duit kecik nak bagi anak duit belanja sekolah, xlain dan xbukan..aku...hihiihi..yang penting aku beli tabung tu..yeahhhhh).
25. Aku bersyukur sebab ramai orang jealous ngan aku. Kalau aku xelok, nape orang nak jealouskan? Bila orang jealous, orang tu nak jadi macam aku sebenarnya. Aku boleh terima jealous yang positif, tapi jealous yang negatif, aku pangkah. (tiada unsur2 riak di sini, betulllll...).
26. Aku bersyukur aku ada blog ini dan Dania pun ada blog (masa terisi dengan lebih berfaedah dan sebagai kenangan yang xternilai yang xboleh dicari di mana2).
27. Aku bersyukur mata aku besar (aku sukeee....)(bila la nak cukup 30 sebab ni?)
28. Aku bersyukur ada ramai kawan 1Malaysia (yang masih lagi call aku).
29. Aku bersyukur aku boleh keje hari ini tanpa rasa mengantuk (walaupun semalam ada 3 orang kawan mencurahkan masalah dan luahan hati masing2 sehingga jam 12 tengah malam. Pas tu aku terkebil2 xboleh tido...pasang earphone dan layan lagu hingga la aku tertido).
30. Aku bersyukur kerana aku bersyukur (kena ingat selalu, bukan hanya tahu meminta kepada ALLAH, setelah dikurniakan olehNYA, lupa untuk bersyukur).
* Sebenarnya bukan 30 sebab je aku bersyukur, tapi banyak lagi (kalau nak tulis semua, cramp jari-jemariku ini....lain kali k...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment