Benci, suka, rindu, sayang,....kadang2 senang untuk luahkan perasaan kita. Dan kadang2 cukup susah untuk meluahkannya. Bukannya kena buat karangan, kena reka ayat panjang2. Kan hanya sepatah perkataan saje?
Bagi diri aku, cukup mudah untuk aku luahkan kata2 sayang dan rindu pada hb dan anak2. Tapi sememangnya cukup berat untuk aku luahkan kepada ahli keluarga yang lain. Sememangnya aku cukup menyayangi mereka.
Pernah aku menyesal kerana tidak meluahkan rasa rindu aku pada Opah. Kali terakhir aku telefon dan bercakap dengannya, teringin sangat aku luahkan/keluarkan perkataan rindu dan sayang (saat itu memang aku rindu sangat dengan Opah). Ya ALLAH, betapa susahnya, kelu lidah rasa macam disuntik dengan ubat bius.
Sehingga la beberapa hari lepas tu, Opah meninggal. Luruh jantungku, menyesal aku tak bagitau Opah yang aku sayang dan rindukannya. Menyesal...menyesal... Aku masih lagi rasa sesalan itu.
Kalau la aku boleh pusing semula waktu, cukup la dapat aku luahkan apa yang terbuku. Aku akan rasa sangat2 lega.
Untuk tidak mengulangi perkara yang sama, hari ini setelah 36 tahun aku hidup, aku luahkan kepada bapa saudaraku yang aku panggil Ayah. Aku bagitau yang aku sayangkan dia. Punya la susah aku nak bagitau, tapi aku berjaya juga. Lega hanya ALLAH yang tau. Dan datang satu perasaan yang.......? Aku happy sangat, setelah apa yang aku lalui hari ini, dengan satu luahan, satu perkataan, aku boleh tersenyum semula (dah rasa macam dapat bonus plak). Tertutup rasa marah petang tadi. Power betul satu luahan yang ikhlas.
Mulai hari ini, aku akan cuba buat perkara yang sama dengan ahli keluargaku yang lain.
Macam quote aku, "Treat every day as your last. Tell your loved ones how much they mean to you & HUG them often". "Anggaplah hari ini hari terakhir anda. Bagitau orang2 yang anda sayang bahawa anda sayangkan mereka & PELUK mereka selalu."
No comments:
Post a Comment