Tuesday, November 22, 2011
221175
36 tahun dah? Wow...pejam celik..pejam celik...haihh...
Entry kali ini adalah kesempatan untuk aku mengucapkan TERIMA KASIH kepada hb yang setiap tahun, akan saje je buat2 lupa tarikh ni, pas tu jam 12 ++ tengah malam akan wish aku (tq sayang...love you most...hehe...suspens aku, ingatkan dia xingat). Juga kepada anak2 kesayanganku, Dania & Qistina yang setiap tahun akan minta duit aku untuk belikan hadiah harijadi aku sendiri (sayang, lain kali minta duit kat Abah ek...) dan juga minta aku buatkan kek harijadi aku sendiri (sayang, lain kali ajak Abah pegi kedai kek beli kek ek)..hehehe.....love you girls most too...
Kepada saudara2ku, adik2ku, adik iparku dan sepupu2ku yang sentiasa 'bersama' aku walaupun kita semua berjauhan dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing2. Tq sgt2..
Kepada kawan2 1Malaysiaku, kawan2 dari sekolah, ITM, opis, bos2 kat opis ni, kawan2 opis lama, opis2 lain (yang berurusan denganku berkaitan hal kerja), jiran2ku, kawan2 yang kat overseas, kawan2 kelas manik, BFF dan ex boyfriend (oopss...hehehe) yang tak putus2 wish dan mendoakan aku, aku cukup2 terharu kerana mereka ingat kat aku dan hargai persahabatan yang selama ni kami semai, pupuk dan jaga supaya terus kekal abadi.
Semoga aku dilimpahi rezeki supaya dapat aku kongsikan bersama2 dengan mereka yang aku sayang, kekal bahagia selamanya bersama2 dengan mereka yang aku sayang dan supaya diberi kesihatan yang baik untuk aku meneruskan hidup demi keluarga dan orang2 yang aku sayang. Semoga hari ini dan seterusnya mematangkan lagi diri aku dan dipermudahkan setiap perkara demi mengharungi cabaran hidup ini.
Aku juga sangat berharap supaya orang2 yang aku sayang ni tidak putus2 berdoa untuk aku sekeluarga, semoga mereka juga diberkati dan sememangnya mereka termasuk di dalam doa aku setiap kali aku solat.
I love you all so much...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment