Semalam aku dapat satu benda yang baru (untuk aku la, aku xpenah tau sebelum ni). So, disebabkan aku ni xkedekut dan suka berkongsi dengan kawan2, aku nak kongsikan benda ni dengan semua (walaupun ada yang dah tau, aku nak kongsi gak).
Ok, mula2 ikut apa yang aku tulis ni, maksudnya cakap dalam hati macam ni, kukukakiku.....
Dah ke belum? Ok, xbape dengarkan? Kita try lagi sekali, kali ni cakap kuarkan suara....KUKUKAKIKU..
Lagi sekali, cakap kuat sikit..... KUKUKAKIKU CAGUUUUUUU!!!!!
Hehehe....jangan marah ek. Aku pun terkena semalam dengan hb aku.. Sepatutnya sebelum tido, dapat good nite kiss, tapi dapat sebijik benda ni.... terkono den... I'm Sorry...huhu..
Blueekkkkk!!!! Gambar di atas tiada kena mengena dengan KUKUKAKIKU CAGU k... Gambar ini adalah untuk tatapan kt bersama terutamanya orang2 yang xtau apa maksudnya cagu...hehe..
Friday, November 25, 2011
Tuesday, November 22, 2011
221175
36 tahun dah? Wow...pejam celik..pejam celik...haihh...
Entry kali ini adalah kesempatan untuk aku mengucapkan TERIMA KASIH kepada hb yang setiap tahun, akan saje je buat2 lupa tarikh ni, pas tu jam 12 ++ tengah malam akan wish aku (tq sayang...love you most...hehe...suspens aku, ingatkan dia xingat). Juga kepada anak2 kesayanganku, Dania & Qistina yang setiap tahun akan minta duit aku untuk belikan hadiah harijadi aku sendiri (sayang, lain kali minta duit kat Abah ek...) dan juga minta aku buatkan kek harijadi aku sendiri (sayang, lain kali ajak Abah pegi kedai kek beli kek ek)..hehehe.....love you girls most too...
Kepada saudara2ku, adik2ku, adik iparku dan sepupu2ku yang sentiasa 'bersama' aku walaupun kita semua berjauhan dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing2. Tq sgt2..
Kepada kawan2 1Malaysiaku, kawan2 dari sekolah, ITM, opis, bos2 kat opis ni, kawan2 opis lama, opis2 lain (yang berurusan denganku berkaitan hal kerja), jiran2ku, kawan2 yang kat overseas, kawan2 kelas manik, BFF dan ex boyfriend (oopss...hehehe) yang tak putus2 wish dan mendoakan aku, aku cukup2 terharu kerana mereka ingat kat aku dan hargai persahabatan yang selama ni kami semai, pupuk dan jaga supaya terus kekal abadi.
Semoga aku dilimpahi rezeki supaya dapat aku kongsikan bersama2 dengan mereka yang aku sayang, kekal bahagia selamanya bersama2 dengan mereka yang aku sayang dan supaya diberi kesihatan yang baik untuk aku meneruskan hidup demi keluarga dan orang2 yang aku sayang. Semoga hari ini dan seterusnya mematangkan lagi diri aku dan dipermudahkan setiap perkara demi mengharungi cabaran hidup ini.
Aku juga sangat berharap supaya orang2 yang aku sayang ni tidak putus2 berdoa untuk aku sekeluarga, semoga mereka juga diberkati dan sememangnya mereka termasuk di dalam doa aku setiap kali aku solat.
I love you all so much...
Tuesday, November 15, 2011
Haihhhh.....
Ada la sorang hamba ALLAH ni (aku pun hamba ALLAH gak...hehehe), dia ni suka assume (membuat anggapan sendiri, yang selalunya anggapan dia memang tersasar dari kenyataan) pada satu2 perkara dan situasi. Aku dah lama perhatikan cara dia menilai sesuatu perkara tu. Aku xbape berkenan dengan cara dia ni sebab cara dia menilai tu lebih ke arah yang xbape nak best (negatif).
Contohnya, ada satu berita gempar ni. Dia xtengok tv, xbaca paper, tapi mendengar cite orang. Dia akan gunakan ayat2 orang yang dia dengar cite tu untuk dicitekan balik kat orang lain. Mendengar tu boleh, tapi kalau ko nak cite balik kat orang, baik ko baca dulu fakta cite tu. Pas baca, ko cite la dan buat la penilaian dan pandangan ko sendiri, xsalah pun.
Bila dia cite kat aku, aku jadi bengang, sebab apa yang dia cite tu salah. Aku tengok berita dan baca paper pasal kes tu, ok. Aku baca fakta ok...aku citekan balik kat dia apa berita cakap dan apa paper cakap. Terdiam dia. Aku tau, dia ni jenis nak ambil mudah, semua benda nak mudah dan nak cepat. Aku tau, dia xsuka membaca, tapi untuk mengelakkan dari memalukan diri sendiri, baik ko baca la sikit, sebab ko suka mencitekan balik kejadian2 yang berlaku. Hakikatnya kawan2 ko yang lain membaca mengenai cite tu. Tolong jangan malukan diri sendiri. Aku jadi segan nak tengok ko malu.
Kadang2 tu bila baca je tajuk kat paper, terus melenting atau dah boleh buat cite hanya melalui bacaan dari tajuk tersebut. Hebat xhebatnya dia? Xsume orang suka membaca, tapi yang xsuka membaca ni ada gak yang suka bercite/buat cite sendiri. Tapi, akan malukan diri sendiri bila dia bercite benda yang xbetul dari cite fakta yang dia nak sampaikan. Jangan buat main dengan fakta k...orang boleh google.
Bila dah jadi cite xbetul, dan dapat membuatkan orang2 lain percaya (orang2 yang sama macam dia, sebab diaorang xnak gunakan otak/akal yang ALLAH bagi untuk berfikir), jadilah satu cite tipu yang disebarkan dari seorang ke seorang......
Sorilah, pagi2 aku dah membebel, tapi apa yang aku bebelkan ni ada benarnya. Aku cukup xsuka orang yang senang beranggapan tanpa usul periksa. Dan bagi orang2 yang mendengar tanpa membuat penilaian sendiri pun aku xsuka.
So, macam Adik selalu cakap kat aku, "Mama, fikir dulu, sebelum buang." Contohnya, kotak vitamin dia, sebelum dia buang kotak tu, dia fikir dulu, apa yang boleh dia buat dengan kotak tu. Dia berjaya jadikan kotak tu sebagai penanda buku. Berjalan akal dia untuk menjadi lebih kreatif. Betapa berguna kotak tu juga sebelum dicampak ke tong sampahkan?
Sama la kes macam yang aku bebelkan ni. Fikir dulu, sebelum beranggapan/membuat kesimpulan sendiri. InsyaALLAH kita akan dapat sesuatu yang lebih bernilai.

Monday, November 14, 2011
Vokal Bukan Sekadar Rupa???
Apa maksud tajuk di atas? Yang aku pahamkan maksudnya, Vokal = suara mantap, Bukan Sekadar Rupa = rupa kena ada juga.
Tapi, bila aku tengok program ni kat tv, pemahaman peserta2nya dan kebanyakkannya ialah rupa atau fizikal xkisah la, xmenarik pun xpe, gemuk pun xpe janji suara kena mantap.
Aku ni plak, pahamkan lain. Aku pahamkan maksud tu dua2 kena ada. Kalau kebanyakan orang xsama pemahaman macam aku, seperti yang aku tengok kat tv dan baca kat paper, aku rasa tajuk program tu kena ubah sikit.
Vokal Biarpun Tiada Rupa.... (Vokal = suara mantap, Biarpun Tiada Rupa = xcantik dan xmenarik pun xpe.) Tajuk ni sesuai sikit, aku rasa la...hehehe... Tapi apa2 pun, masing2 punya pemahaman yang berbeza. Mungkin gak aku yang xbape paham tajuk di atas...hahahaha.....

Friday, November 11, 2011
Hidup ni tak lama
Aku suka quotes di atas. Untuk aku rasa lebih tenang, di samping aku mengamalkan surah2 tertentu dan bacaan dari ayat2 Al-Quran, kadang2 aku kena buang semua kejadian2 yang xbest berlaku dalam hidup aku ataupun yang terjadi baru2 ni dalam hidup aku. Aku nak lupakan sapa yang mencetuskan kejadian2 tersebut. Untuk melupakan sekejap (bukan bermakna lupa terus, hanya untuk meringankan bebanan otak aku ni) aku berjumpa atau berhubung dengan orang2 yang boleh buat aku ketawa atau aku buat benda2 yang boleh buat aku happy dan membuatkan aku lupa kejadian2 yang buruk yang dah jadi kat aku. Baik aku tumpukan benda2 yang baik dan best2 je. Terasa x bezanya rasa, bila kita sedih dan bila kita gembira? Rasa lain sangat2. Bila sedih, muka monyok (cuba bayangkan muka aku yang xbape nak cun ni monyok...hmmm...dah dapat bayangkan dan xtau nak bagi perkataan apa lagi bila tengok kat cermin muka sendiri, ngeri.....dalam ertikata mudah....burok rupenye). Hidup ni singkat je, lebih baik kita sentiasa ceriakan diri kita. Kita akan jadi lebih tenang dan kurangla kedut2 di muka tu..hehehehe...
Alhamdulillah, aku semakin hari semakin kurang serabut di perut, hati dan otak aku ni. Aku sendiri yang ubahkan sebab aku sendiri yang boleh tolong diri aku sendiri. Lega la sikit. Aku akan hadap je apa yang akan jadi lepas ni. Yang penting, aku xnak buang masa aku dengan bersedih. Aku nak happy dengan kawan2 aku, family aku, hb aku dan anak2 aku. Lupa plak, bibik aku gak..hehehe.... Lagi satu yang lebih penting, jangan sekali2 ada dendam..(dulu arwah Opah penah cakap, biarla orang nak buat kita, kita jangan buat/balas kat orang tu balik, ALLAH ada). Terima kasih, Opah. Aku xpenah lupa pesanan Opah tu. Cuma kadang2 tersasar gak, tapi aku cepat2 lembutkan hati ni.
Wednesday, November 9, 2011
Surah Al-Insyirah (Penenang Hati)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam) (2)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)
Sebelum itu, mari kita baca 'Rungutan Sebuah Pasu' petikan daripada Majalah GenQ Isu 2.
Sebuah pasu berharga sedang menunggu masa untuk dilelong. Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu. Kagum dengan pencapaian tersebut, sebuah seterika antik yang juga akan dilelong bertemu pasu tersebut dan mereka berbual-bual.
Seterika antik :Assalamualaikum.
Pasu : Waalaikumussalam. Oh, seterika antik! Apa khabar?
Seterika antik : Alhamdulillah, aku sihat walaupun sedang meniti usia emas. Aku kagum dengan kamu. Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ini. Aku ada terdengar orang ramai berbual-bual mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang berada.
Pasu : Ya? Semua ini bukan mudah dicapai. Bermacam-macam cabaran yang aku terpaksa tempuhi.
Seterika antik : Emm…kedengarannya seolah-olah kamu telah menempuhi masa silam yang cukup perit.
Pasu : Betul tu.
(Pasu tersebut termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya).
1. Tanah liat dicampurkan dengan air dan kemudian diuli-uli. Aku rasa tak selesa dilenyek-lenyek dengan kasar oleh si pembuat pasu.
2. Kemudian, aku diletakkan di atas sebuah tapak yang sentiasa berpusing untuk dibentuk. Waktu tu aku rasa pening.
3. Selesai dibentuk, aku dijemur di bawah terik matahari. Aku tidak mampu lakukan apa-apa melainkan berdiam diri dan bersabar.
4. Selepas itu, aku dibakar dengan suhu yang sangat panas.
5. Aku sangkakan penderitaan aku telah berakhir. Rupa2nya tidak. Ada pula seorang tukang ukir menoreh badanku dengan pisau tajam.
6. Bagi sentuhan terakhir, seorang pelukis melukis motif yang cukup indah di atas badanku. Aku selesa diperlakukan dengan lembut oleh pelukis tersebut walaupun terasa sedikit geli.
Seterika antik : La hawla wala quwwata illa billah. Kamu memang tabah menghadapi semua itu. Kemudian, apa yang terjadi?
Pasu : Kemudian, apabila aku diperagakan di sebuah kedai, aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin. Detik itu, baru aku tahu bahawa aku sebuah pasu yang cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yang menuntut aku bersabar tersebut, aku pasti takkan mempunyai nilai seperti hari ini. Aku mungkin hanya akan menjadi pasu tidak bernilai, tersadai di satu sudut rumah dan berlumut.
Seterika antik : Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian Dia menghujani rahmat di sebalik setiap ujian tersebut.
Pasu : Betul tu. Allah tidak pernah menzalimi hamba2-Nya. Tidak sekali-kali. Aku redha dan bersabar sedikit, alhasil kini aku dipamerkan megah.
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah : 5-6)
Kita sering merungut apabila berdepan dengan kesusahan seperti rungutan sebuah pasu di atas. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan, apatah lagi menzalimi hamba-Nya. Allah hadirkan kesusahan untuk menghadiahkan sesudah itu kesenangan. Malah dalam ayat di atas, pengulangan wujud sebagai penegasan. Apakah kita masih ragu-ragu apabila kata-kata yang menduduki tempat pertama di dunia yang boleh dipercayai ini (ayat Allah) diulangi 2 kali?
Di samping itu, kejayaan hanya akan mampu digapai dengan keringat dan penat jerih. Mana mungkin dengan berpeluk tubuh dan goyang kaki, kejayaan, kecemerlangan datang bergolek. Mungkin ada, namun hanya satu dalam sejuta.
Kadang-kadang, bila kita ada masalah atau sedang menghadapi satu ujian yang sangat kecil, kita mudah melenting kepada Allah. Macam-macam persoalan yang kita bangkitkan. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang kita tahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ada pula kita marah pada Allah kerana perlakukan kita dengan masalah dan berbagai dugaan.
Secara tidak sedar, sebenarnya kita tak yakin dan percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita.
"Yakin dan percaya = Iman"
Ujian atau masalah itu sebenarnya adalah penilai bagi iman kita. Jika kita benar-benar redha dan pasrah dengan aturan Allah, kita hanya akan tersenyum dan menerima apa sahaja yang Allah aturkan pada kita. Sebaliknya, kita akan bangkitkan banyak persoalan dan ada pula yang marah pada Allah kerana perlakukan kita sedemikian rupa. Jika perhatikan pada Surah Al-Insyirah,
"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)"
tetapi oleh sebab kita mudah lenting dan tidak yakin juga percaya pada Allah, iman kita telah berkurangan dan kita telah jauh daripada petunjuk. Bukankah Allah yang telah memberi masalah dan ujian itu pada kita? Dan sepatutnya kita mohon pada Allah agar selesaikan masalah dan ujian itu. Namun kebanyakkannya, kita mengeluh, marah pada Allah dan tidak mohon pada-Nya agar dipermudah dan diselesaikan masalah itu. Tak solat, tak baca Al-Quran dan berzikir. Mana mungkin petunjuk untuk selesaikan masalah atau ujian itu. Sebaiknya, kita lebih dekatkan diri pada Allah ketika ditimpa masalah dan ujian namun janganlah pula setelah kita menggapai kesenangan, kita lupa yang dahulu kita pernah susah dan dekatkan diri kepada Allah. Bak kata pepatah,
"Kawan ketawa ramai, kawan menangis kurang"
Usah kita lupa pada Allah setelah Dia berikan kita kemudahan dan kesenangan setelah kesulitan. Sentiasalah mengenang tatkala kita menghadapi kesusahan siapa yang tolong? Manusia hanyalah perantara dan Allah lah yang sebenarnya yang telah menolong kita dalam apa jua urusan.
Oleh sebab itu, di kala kita resah, sedih dengan masalah atau ujian yang sedang dihadapi, mohonlah pada Allah, baca dan hayati maksud surah ini dan yakin juga percayalah Allah akan berikan kita kesenangan setelah Dia memberikan kita kesulitan.
(Diceduk dari Ilmi-Islam.com)
** Aku menjadi pendengar masalah dan berkongsi sama rasa sedih. Walaupun memahami apa yang dirasa kerana sendiri merasa perkara yang sama, tetapi aku tetap memberi kata2 positif supaya mereka tidak putus asa dan terus bersedih. Aku cuba merawat hati2 mereka dengan kata2 yang memberi semangat supaya tidak terus ada perasaan marah, benci dan aku menanamkan rasa kasih dan sayang yang tidak putus. Tetapi, bila kami diperlakukan yang tidak sepatutnya, aku tidak boleh terima. Buat benda yang betul tapi dipersalahkan. Tetap dipersalahkan. Usik la aku, benci la aku, tidak apa. Tapi jangan usik hb aku yang banyak berkorban dan memberi kesenangan kerana terlalu banyak pengorbanannya, hargailah dia, hormatilah dia. Aku tidak minta budinya dibalas, cukup sekadar menghormati pengorbanannya. Jangan persalahkan kami atau sesiapa sahaja. Lihat dari diri sendiri dulu, muhasabah diri. Sebagai manusia kita sentiasa perlu muhasabah diri.
Aku pasrah dengan dugaan dari Mu Ya ALLAH. Aku bersyukur diduga begini kerana ini lah namanya pengalaman hidup dan mengajar aku untuk lebih matang dalam mengharungi hidup di dunia ini. Aku diduga, hb diduga, anak2 diduga. Aku bersyukur kepadaMu Ya ALLAH. Walau dalam keadaan begini, anak2 begitu memahami dan merasai apa yang kami rasa. Alhamdulillah mungkin dengan cara aku didik mereka, untuk usia mereka yang masih mentah, mereka sudah memahami dengan matangnya apa yang berlaku.
Ya ALLAH, tenangkanlah jiwa kami sekeluarga. Kami tidak pernah membenci mereka. Malah kami terlalu menyayangi mereka. Kami bersyukur kepadaMu Ya ALLAH. Kami diduga dengan kesulitan sekarang tapi kami yakin akan kesenangan yang akan kami dapat kemudian, kesenangan hati dan lain2. Ya ALLAH, sesungguhnya Kau tahu isi hati kami...
Ya ALLAH, lembutkanlah hati mereka dan juga hati kami, tunjukanlah kebenarannya. Kami redha dengan segala yang telah Engkau tetapkan...
Tuesday, November 8, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Surat
30 Oktober 2011 (Ahad)
* Tunjuk surat dan mohon restu.
* Macam nak terkeluar biji mata besor aku ni. Terkejut sebab xsangka sekarang, bukannya tahun depan (dah lain dari apa yang dirancang).
* Banyak diam dan mendengar.
* Terus beri restu (sebab memahami situasi hb, supaya ini dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya).
* Hb terkejut dengan restu (sebab dia dah bayangkan reaksi aku, boleh dia bayangkan aku akan pengsan bila dengar apa yang dia nak cakap, heheheh....exaggerating betul la hb aku ni...siap dia bagi dialog lagi apa aku akan cakap, restu yang xdijangka).
* Hb rasa lega yang amat dan bersemangat untuk meneruskan niat (teruskan semangat...aku sentiasa dekat untuk menyokong).
31 Oktober 2011 (Isnin)
* Surat dah diberi dan disokong.
* Hb rasa lega yang amat (yang di atas lega sebab aku bagi restu, yang ni lega sebab berjaya, nekad hantar surat letak jawatan dan seperti terlepas 1 beban di bahunya).
* Hb bersemangat untuk buat sesuatu yang baru (bidang lain, semoga berjaya).
1 November 2011 (Selasa)
* Bermula la hidup baru kami (harap lebih baik dan aku akan terus menyokong hb dalam susah ataupun senang).
1.11.11 - Tarikh yang cantik untuk memulakan hidup baru...hehe..(semoga dipermudahkan segala2nya, dimurahkan rezeki dan yang baik2 belaka).

Subscribe to:
Posts (Atom)