Golf ialah sejenis sukan yang diminati seawal usia kanak2 hinggalah selewat usia warga emas tak kira lelaki ataupun perempuan.
Dulu aku ingat golf ni ialah sukan orang2 kaya dan orang2 tua je. Tapi, bila hb mula minat dengan golf ni, rupanya golongan sederhana/pertengahan boleh je main golf. Tak dinafikan peralatan golf seperti batang golf, beg, bola, topi, t-shirt, seluar, kasut dan lain2 yang berkaitan dengan sukan ini boleh dikatakan costly. Tapi, pada aku, mula2 beli la sikit2 dulu, tak la terasa mahal sangat.
Aku menyokong 100% minat hb terhadap sukan golf ni. Sebab pada aku, sekurang2nya dia bersukan dan buat benda berfaedah serta tak membuang masa.
Cumanya, aku tak paham macamana orang boleh minat dengan sukan ni. Golf pada aku ialah satu sukan yang dimain dengan batang dan bola kecik (sila jangan lencongkan pikiran ke lain). Sebelum nak pukul bola tu, posture badan kena sedikit menonggek (pun tak paham kenapa nak tonggek, bongkok je pun ok apa?), dah dapat posture yang betul, tenung je bola kecik tu dan dah dapat feel, pukul sekuat hati bola tu (tapi masa pukul jangan tengok bola tu pegi mana, amik bebape saat, baru boleh tengok-cara main yang betul, hb kata). Kalau main kat field plak dengan panas teriknya, muka dan badan confirm akan gelap walaupun dah pakai sun lotion (it is so not me).
Hb aku memang minat giler main golf ni. Satu sukan sebenarnya yang baik untuk kesihatan. Hb sanggup ke Jakarta sb katanya nak feel main kat padang sana. Lain macam rasa katanya (macamana la rasanya tu ek?).
Mungkin aku tak paham sebab aku tak penah cuba untuk minat dengan sukan ni. Bagi diri aku, aku tak suka berada lama di bawah terik matahari (puteri lilin la kununnn...), aku tak paham cara pengiraan mata (padahal hb selalu cakap dan bercite pasal pengiraan ni, tapi tetap aku tak paham, aku cuma 'ye'kan aje apa yang dia cite). Bagi hb aku golf ni sesuatu yang menarik sebab merupakan sukan yang boleh dijadikan hobi sampai ke tua. Sukan yang lain, kebanyakannya ada had umur tertentu. Katanya lagi, golf ni mengajar diri untuk lebih bersabar, fokus dan boleh kenal karakter individu tu bila dah kat field. Di samping itu juga, boleh dapat peluang business bila berjumpa dengan orang yang baru kita kenal kat field ataupun driving range.
Disebabkan minatnya terhadap golf ni, hb akan ke Jakarta lagi (dulu dah feel dah main kat sana, ni nak feel lagi.....tak habis2 nak feel...hehehe...) mulai esok hingga 4hb. Aku doakan hb selamat tiba ke sana dan selamat juga sampai di sini serta semoga dapat kepuasan maximum ketika di padang nanti.
No comments:
Post a Comment