Friday, January 6, 2012

UPKK

1.  Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah dilaksanakan pada tahun 1994 setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Lembaga LEPAI kali ke-19 selaras dengan objektif pertubuhan KAFA.

2.  Matlamat UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran & kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan & hafazan Al-Quran serta amal ibadat & cara hidup Islam.

3.  Menilai tahap pengetahuan & kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain.  Menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar.  Menilai kemahiran pelajar dalam membaca & menulis jawi.  Menilai keupayaan, kecekapan & kemahiran pelajar dalam membaca & menulis bahasa arab.

* (1, 2 & 3 ni info yang aku google).

Peperiksaan ni adalah bagi pelajar tahun 5 seluruh Malaysia.  Kalau dulu, kita xpandang pun sijil UPKK ni.  Tapi, sekarang ni kalau nak masuk sekolah menengah agama, asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain2, sijil ni penting di samping sijil PSRA (tahun 6).

Alhamdulillah, baru jap ni aku dapat sms dari Ustazah Amalina, ustazah Dania dan dia bagitau Dania dapat 8A.  YA ALLAH, aku bersyukur sangat2.  Aku harap Dania dapat teruskan usahanya tahun ni untuk PSRA, ustazah dia cakap ujian ni lagi mencabar.  Tahun ni ada 2 exam besar Dania kena duduki.  Semoga Dania boleh buat yang terbaik dan mendapatkan keputusan yang cemerlang nanti. 

YA ALLAH, permudahkanlah segalanya untuk Nurin Dania Salman...

2 comments: