Tuesday, March 12, 2013

DIA bayar cash

Entry kali ini adalah untuk bacaan dan peringatan diri aku sendiri serta untuk orang2 yang aku sayangi.

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada je dugaan yang ALLAH bagi kat kita?  Sampaikan kadang2 rasa macam fed up, sedih, marah, geram dan macam2 lagi la rasa yang tak best.  Bila kita rasa macam tu, hati kita sentiasa sakit, sebenarnya kita marah siapa?  Diri sendiri?  Atau....???

Kadang2 kita rasa kenapa la kita ni diuji?  Kenapa orang lain tu ok je hidup dia?  Dari setahun ke setahun, ada je dugaan dari yang sekecil2 ujian ke yang sebesar2 ujian?  Kita pandai tanya soalan macam2, kenapa dan mengapa, tapi kita tak pernah nak kaji untuk dapatkan jawapan kepada persoalan2 kita.

Ok, macam ni la.  Perkara2 kecil memang selalu kita terlepas pandang sebab kita lupa yang ALLAH 'pandang' semua tu.

Bagi yang bekerja, macam kebanyakan dari kita sebenarnya, semua yang kita lakukan adalah kerana ALLAH.  Apa sahaja pun semuanya dari ALLAH dan kerana ALLAH.  Seperti contoh, jika waktu bekerja bermula jam 8:00 pagi, kita kena pastikan kita sudah berada di pejabat sebelum jam 8:00 pagi.  Janganlah kita sesuka hati masuk kerja lambat, malas nak buat kerja, berkira kerja dan sebagainya.  Kita bekerja sebab nak cari duit untuk kelangsungan hidup, hendak beri suami/isteri dan anak2 makan minum yang cukup serta tempat tinggal yang sempurna.  Jadi, kenalah bekerja dengan ikhlas.  Susah ke nak buat semua tu?  Tak susahkan?  Tak perlu beri banyak alasan, orang yang banyak alasan ni orang yang sememangnya malas dan tak ikhlas dengan apa yang dia buat, senang cerita dia lupa yang rezeki itu dari ALLAH.

Pernah tak terfikir kenapa kita asyik tak cukup je duit gaji?  Kereta asyik rosak?  Semua ni benda2 kecil yang kita terlepas pandang.  Dalam bulan ni misalnya kita tak pernah datang awal ke tempat kerja.  Bos bukan tak pernah tegur, tapi disebabkan suka ikut kepala sendiri dan melawan cakap, jadi bos dah malas nak tegur.  Lagi kita seronok, sebab kita boleh buat apa je yang kita suka, boleh masuk lambat, boleh pilih2 kerja, umpama kita pulak yang jadi bos (kadang2 bos pun tak lambat macam kita).  Tapi ALLAH, bos paling besar kita taukan?  So, DIA bayar cash kat kita.  Jadi, dalam bulan tu disebabkan kita selalu datang kerja lambat, BOS pun 'potong'lah gaji kita sikit sebab kitakan datang kerja suka2 hati kita,  dijadikanlah bulan tu kereta kita rosak, mestilah gaji kita jadi short sebab kena keluarkan duit untuk repair kereta.  Jadi, tak cukup la duit gaji bulan tu untuk kelangsungan hidup.  Kecil je kan, tapi nampak tak ALLAH bayar cash?

Lagi 1, anak2 adalah tanggungjawab ibu bapa.  Jaga lah kebajikan mereka, makan, minum, pakaian dan persekolahan mereka.  Mereka perlukan semua ni untuk mereka belajar dengan baik.  Jaga pergaulan mereka, tingkah laku mereka, adab sopan mereka.  Jika kita abaikan ni semua, bermakna kita tak ikhlas dengan amanah ALLAH ini.  Kita tak sedar dengan perbuatan kita yang kita anggap kecil je, tapi bagi ALLAH kita gagal dalam ujian yang DIA beri.  Hidup kita ni penuh dengan ujian, jika kita gagal, DIA pun bagi dugaan lain yang lebih besar lagi kat kita.  ALLAH menduga sebab DIA sayangkan kita.  DIA nak bagi kita ubah perangai kita, jadi lebih baik.  Apa saja yang disuruh oleh ALLAH sebenarnya semua kita boleh buat, hendak dengan tak hendak je, malas dengan rajin je.  

Jagalah solat kita.  Jangan abaikan solat fardhu dan solat sunat.  Jangan lalai.  Jangan sesekali lupa bersedekah.

Kadang2 juga kita lupa nak bersedekah.  Apalah salahnya kita keluarkan duit seikhlas hati untuk bersedekah, RM1 pun tak pe yang penting ikhlas dan bukan untuk menunjuk2.  Budak2 kecil pun ikhlas kalau nak bersedekah ni.  Macam baru2 ni, suami aku beri anak aku Qissy duit extra RM2 untuk belanja sekolah,  dia punya la happy sebab dia boleh beli macam2 (knowing Qissy memang suka pegang duit...hehehe...).  Kebetulan pada hari yang sama, cikgu sekolah buat kutipan derma untuk anak2 yatim dan yang kurang berkemampuan.  Qissy keluarkan RM2 tu untuk didermakan dengan perasaan yang simpati dan gembira kerana dapat menolong orang2 yang susah.  Dia tak de rasa sedikit pun menyesal atau rugi kerana telah menggunakan RM2 yang Abah dia beri tu.  Pernah juga sekali dulu, aku bagi cukup duit belanja macam biasa kat dia dan dia derma separuh dari duit belanja dia tu.  Dia sanggup kurangkan belanja hari tu semata2 nak bersedekah.  Ya ALLAH, terharu dengan keikhlasannya.  Tu budak umur 9 tahun yang telah menggunakan duit belanja sekolahnya.  Kita yang bekerja bergaji beribu2 ni, tak kan la tak boleh menderma.  Aku sentiasa ingatkan diri aku sendiri supaya menderma walaupun sedikit, yang penting ikhlas dari hati dan bukan dipaksa atau untuk menunjuk2.

Kadang2 mungkin kita tak perasan, jika kita menderma, urusan kita sentiasa dipermudahkan dan kadang2 ALLAH bagi hadiah yang tak pernah kita jangkakan.  ALLAHkan bayar cash, tak kira kita buat salah ataupun buat perkara yang baik.  Kalau buat benda yang baik, dapat pahala lagi.  Senang je kehidupan kita sehari2an ni kalau kita pandai mengemudinya.  Nak dapat pahala senang sangat2 tambah2 untuk seorang isteri.  Seorang isteri ni kalau beri suami minum tanpa disuruh, dah dapat pahala, pegang tangan suami, cium tangan suami, masak untuk suami, lap peluh suami, jaga suami masa sakit, semua tu pahala mudah je.  Jadi untuk para isteri, jangan lah kita pandang remeh benda yang sekecil2 ini, ok.  So, jom kita sama2 kumpul pahala banyak2...

Apa kata, semakin umur kita meningkat ni, kita kumpulkan banyak pahala dan buat benda yang betul walaupun kita nampak benda tu remeh dan kecil je.  Untuk bagi kita sentiasa ingat, kena selalu tahu yang ALLAH Maha Melihat apa sahaja perkara yang kita lakukan dan juga mendengar bisikan hati kita.  Jadi, belajar la perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan mendapat keberkatan di dalam kehidupan seharian.  Jaga hati kita, tingkah laku kita, amalan kita.  Ingat, DIA bayar cash tau.


No comments:

Post a Comment