Thursday, June 7, 2012

Coklat oh Coklat

Article ni aku amik dari 1 website dan aku rasa menarik untuk aku sharekan.  Dulu aku seorang chocolate lover yang tegar, boleh dikatakan hari2 aku ketagih coklat.  Aku mula sedar dan stop untuk amik coklat bila badan aku mula naik mendadak.  So, aku rasa coklat ni sebenarnya xde kebaikan pun cuma untuk sesiapa yang nak menaikkan berat badan, pada aku, makan la coklat setiap hari.  Bertahun2 aku stop makan coklat disebabkan aku takut dengan kenaikan berat badan aku.  Rupa2nya coklat ni, banyak juga kebaikannya selain dari memberi tenaga kepada kita.  So, di sini aku nak sharekan kebaikan coklat ni.

Rahsia Cantik dengan Coklat

Coklat bukan saja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.  Bukan itu saja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.  Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1.  Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2.  Kulit sentiasa lembap dan segar.
3.  Menegang dan menghaluskan kulit.
4.  Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5.  Mencegah kedutan pada wajah.

Ketahuilah lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu.

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa.  Bukan itu saja, ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semulajadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.  Bukan itu saja, kandungan catechin (sila google kalau xtau apa makna perkataan ni) merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan.  Ternyata coklat mampu mencegah kedutan, melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Mengurangkan Parut

Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

Haaaa....dengar tu?  Rupa2nya bagus juga makan coklat ni.  Macam hari ni, aku demam dan batuk (dah 4 hari dah sebenarnya aku ni xsihat) dan selera makan memang kurang.  Pagi ni aku xboleh nak telan apa2 makanan sebab rasa loya, so, aku teringat kat Kit Kat bar yang ada dalam handbag aku sejak minggu lepas dan breakfast aku pagi ni ialah Kit Kat bar dan sebotol air mineral...hmmmm....memang best, aku boleh makan sampai habis.    Antara coklat2 biasa yang ada di kedai2 kat luar tu, coklat ni la antara my fav.


yummeyyy...
 Lepas ni aku akan sentiasa pastikan ada coklat bar atau energy bar dalam handbag aku sebagai penyelamat bila lapar atau bila aku perlukan tenaga.  Tambah lagi bila dah tau kelebihan coklat ni.  Tapi, aku xkan makan hari2 la, hanya sebagai penyelamat kalau aku kat mana2 je.  Bertambah la 1 lagi barang yang perlu sentiasa ada dalam handbag aku.  What say u? 

No comments:

Post a Comment