Monday, June 18, 2012

Hope for a Miracle

*sigh*

Another week to go through.  I really hope that this week will bring joyful news to me.  I've been waiting for the day since February & today am waiting for a miracle.  Ya ALLAH, I know you love us & we love you too...

Please meet with our doas....

Whatever happened or happens in my life, I thank you ALLAH...I really do.

Wednesday, June 13, 2012

Kekurangan atau Kelebihan?

Kenapa kebanyakan orang selalu terkenang2kan kekurangan diri/sifat buruk seseorang lebih banyak dari kelebihan/perangai baiknya?

Adakah ini memang nature sifat seorang manusia?  Jawapannya ye, memang nature sifat seorang manusia.  Tapi, aku sebagai manusia, aku nak ubah cara aku berfikir sebab kalau bukan aku sendiri yang ubah, tiada siapa yang boleh ubahkan untuk aku sebab kebanyakan orang xtau apa yang aku nak dalam hidup aku (terlalu banyak yang aku simpan dalam diri ni hanya untuk diri ni je yang tau).

Aku dah lalui macam2 pengalaman hidup, sama seperti semua manusia di muka bumi ni.  Aku dapat pengalaman ni antaranya dari keadaan yang berlaku di sekeliling aku dan dari pergaulan aku bersama dengan berbagai2 ragam kawan2 (aku selalu pesan dengan anak2, kita kawan je dengan semua orang, xkiralah dia baik ke jahat ke, tapi, amik yang baik sebagai penambahan kebaikan diri dan yang buruk sebagai pengajaran dalam diri).  Setiap pengalaman tu, aku xbiarkan je berlalu tanpa aku amik kekurangan dan kelebihannya.  Aku seorang yang sentiasa berfikir (walau hakikatnya dengan terlalu banyak berfikir, aku akan dapat migrain).  Aku xsuka untuk fikir, tapi kepala otak aku ni sentiasa generate 24 jam untuk aku bandingkan antara yang baik dan yang buruk (aku suka, biar la migrain pun xpe).

Sebenarnya, berbalik kepada persoalan aku tadi, bila kita berhadapan dengan sesama manusia ni, kenapa yang buruk cepat je masuk dalam memori kita?  Sekarang ni, cuba kita ubah.  Kita amik yang buruk dari dia untuk dijadikan pengajaran kepada kita supaya kita tidak ikut benda buruk tu dan dalam masa yang sama, kita jangan pandang hina kat dia.  Boleh x?  Segala benda yang baik kat dia, kita tanamkan azam untuk jadikan sebahagian dari diri kita.  Bolehkan? 

Contoh:

Kekurangan si A:  pengotor
Kelebihan si A:  pemurah

Kalau kita tau sikap si A tu pengotor, janganlah dikenangkan sikap dia tu melebihi sifat pemurah dia.  Baik kita lebih kenangkan jasa dan jadikan sifat pemurah dia sebagai ikutan pada diri kita.  Sifat pengotor dia tu, kita boleh cuba tolong bagitau dia one to one supaya dia sedar.  Pada dia, apa yang dia buat tu xsalah, tapi pada majoriti kawan2 dia, dia salah.  Dia xsedar, jadi kenapa kita nak salahkan dia?  Kita boleh tegur dia ataupun bagi hint supaya dia perasan dan sedar sendiri.  Kalau lepas kita tegur, dia xboleh nak terima, jangan tegur lagi.  Mungkin kita bukan orang yang sesuai untuk tegur dia. 
Sememangnya kita ni azali memiliki sifat seorang manusia sebab kitakan manusia (hehehehe....).  Apa kata mulai hari ni kita sama2 fikir positif dalam apa jua perkara pun.  Kita cuba fikir yang baik2 dan dalam masa yang sama yang buruk2 tu fikir la juga, tapi kita jadikan sebagai positif, kan dah dapat ilmu dan pengalaman kat situ? 

Aku tulis semua ni paling utama ialah untuk mengingatkan diri aku dan anak2 aku.  Aku nak jadi orang yang baik dan buat benda yang baik setiap hari.  Hari2 adalah proses pembelajaran bagi aku.  Aku suka belajar dari pengalaman sebab pada aku dari pengalaman la kita dapat ilmu yang xternilai dan xtertulis di dalam mana2 buku pun.  Sayang kalau kita lepaskan pengalaman2 tu tanpa kita fikir baik dan buruknya.

Mulai hari ni, jom kita kenang lebih banyak kebaikan seseorang dari terlalu mengenangkan keburukannya.  Mesti lagi best hidup kita dan insyaALLAH kita akan jadi individu yang lebih baik.

Thursday, June 7, 2012

Coklat oh Coklat

Article ni aku amik dari 1 website dan aku rasa menarik untuk aku sharekan.  Dulu aku seorang chocolate lover yang tegar, boleh dikatakan hari2 aku ketagih coklat.  Aku mula sedar dan stop untuk amik coklat bila badan aku mula naik mendadak.  So, aku rasa coklat ni sebenarnya xde kebaikan pun cuma untuk sesiapa yang nak menaikkan berat badan, pada aku, makan la coklat setiap hari.  Bertahun2 aku stop makan coklat disebabkan aku takut dengan kenaikan berat badan aku.  Rupa2nya coklat ni, banyak juga kebaikannya selain dari memberi tenaga kepada kita.  So, di sini aku nak sharekan kebaikan coklat ni.

Rahsia Cantik dengan Coklat

Coklat bukan saja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.  Bukan itu saja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.  Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1.  Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2.  Kulit sentiasa lembap dan segar.
3.  Menegang dan menghaluskan kulit.
4.  Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5.  Mencegah kedutan pada wajah.

Ketahuilah lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu.

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa.  Bukan itu saja, ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semulajadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.  Bukan itu saja, kandungan catechin (sila google kalau xtau apa makna perkataan ni) merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan.  Ternyata coklat mampu mencegah kedutan, melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Mengurangkan Parut

Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

Haaaa....dengar tu?  Rupa2nya bagus juga makan coklat ni.  Macam hari ni, aku demam dan batuk (dah 4 hari dah sebenarnya aku ni xsihat) dan selera makan memang kurang.  Pagi ni aku xboleh nak telan apa2 makanan sebab rasa loya, so, aku teringat kat Kit Kat bar yang ada dalam handbag aku sejak minggu lepas dan breakfast aku pagi ni ialah Kit Kat bar dan sebotol air mineral...hmmmm....memang best, aku boleh makan sampai habis.    Antara coklat2 biasa yang ada di kedai2 kat luar tu, coklat ni la antara my fav.


yummeyyy...
 Lepas ni aku akan sentiasa pastikan ada coklat bar atau energy bar dalam handbag aku sebagai penyelamat bila lapar atau bila aku perlukan tenaga.  Tambah lagi bila dah tau kelebihan coklat ni.  Tapi, aku xkan makan hari2 la, hanya sebagai penyelamat kalau aku kat mana2 je.  Bertambah la 1 lagi barang yang perlu sentiasa ada dalam handbag aku.  What say u? 

Monday, June 4, 2012

My Birthday Rabbit

A happy birthday rabbit
Hari Sabtu lepas, birthday budak kecik ni (budak yang dah besar tapi paling kecik kat umah...hehehe).  Yang dia tau, dia nak hadiah macam Kak Long dapat (masa birthday Kak Long, macam2 Kak Long dapat, dapat pegi bercuti dan dapat hadiah macam2 dari Abah dan Mama).

So, pagi tu aku buat la pulut kuning dan rendang ayam (nak makan kek dah boring).  Gambar xambil sebab mula2 nak hias pulut kuning tu dengan ceri yang tulis 'Happy Birthday, Adik'.  Disebabkan ceri tu kecik sangat dan susah untuk aku bentukkan jadi ayat, aku give up.  Aku buat gambar smiley je.  Xambil gambar sebab smiley pun xrupa smiley...xcomey...huhu...(masa aku buat tu Adik belum bangun tidur lagi, lagipun kena buat cepat2 sebelum dia nampak.  Bajet nak bangun awal pagi tu, terlajak la plak, tu yang kelam kabut sikit). 

Aku letak present2 dari aku, Abah dia dan Kak Long dia kat katil sebelah dia tidur (nasib baik hadiah2 tu xdipenyek dik budak kecik tu, maklumlah tidurnya yang agak lasak).

Bangun2 tidur, muka happy giler turun sambil peluk hadiah2 tu.  Salah satu hadiah yang Adik dapat, ialah favourite dia yang berkaitan dengan art.  Sila lihat di bawah:


Mula2 happy dan excited nak color, pas tu give up sebab Adik color comot. 
Walau apa2pun, yang penting Adik happy. 

Adik, Selamat Hari Jadi.  Mama sayang sangat dengan Adik.  Mama doakan Adik berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup, semoga diberkati selamanya.  Mama doakan Adik jadi seorang anak dan adik yang mendengar kata ok.  Mama nak Adik tau yang Mama, Abah dan Kak Long sayang sangat dengan Adik.  Be a good girl ok....muahhh!!!