Golf ialah sejenis sukan yang diminati seawal usia kanak2 hinggalah selewat usia warga emas tak kira lelaki ataupun perempuan.
Dulu aku ingat golf ni ialah sukan orang2 kaya dan orang2 tua je. Tapi, bila hb mula minat dengan golf ni, rupanya golongan sederhana/pertengahan boleh je main golf. Tak dinafikan peralatan golf seperti batang golf, beg, bola, topi, t-shirt, seluar, kasut dan lain2 yang berkaitan dengan sukan ini boleh dikatakan costly. Tapi, pada aku, mula2 beli la sikit2 dulu, tak la terasa mahal sangat.
Aku menyokong 100% minat hb terhadap sukan golf ni. Sebab pada aku, sekurang2nya dia bersukan dan buat benda berfaedah serta tak membuang masa.
Cumanya, aku tak paham macamana orang boleh minat dengan sukan ni. Golf pada aku ialah satu sukan yang dimain dengan batang dan bola kecik (sila jangan lencongkan pikiran ke lain). Sebelum nak pukul bola tu, posture badan kena sedikit menonggek (pun tak paham kenapa nak tonggek, bongkok je pun ok apa?), dah dapat posture yang betul, tenung je bola kecik tu dan dah dapat feel, pukul sekuat hati bola tu (tapi masa pukul jangan tengok bola tu pegi mana, amik bebape saat, baru boleh tengok-cara main yang betul, hb kata). Kalau main kat field plak dengan panas teriknya, muka dan badan confirm akan gelap walaupun dah pakai sun lotion (it is so not me).
Hb aku memang minat giler main golf ni. Satu sukan sebenarnya yang baik untuk kesihatan. Hb sanggup ke Jakarta sb katanya nak feel main kat padang sana. Lain macam rasa katanya (macamana la rasanya tu ek?).
Mungkin aku tak paham sebab aku tak penah cuba untuk minat dengan sukan ni. Bagi diri aku, aku tak suka berada lama di bawah terik matahari (puteri lilin la kununnn...), aku tak paham cara pengiraan mata (padahal hb selalu cakap dan bercite pasal pengiraan ni, tapi tetap aku tak paham, aku cuma 'ye'kan aje apa yang dia cite). Bagi hb aku golf ni sesuatu yang menarik sebab merupakan sukan yang boleh dijadikan hobi sampai ke tua. Sukan yang lain, kebanyakannya ada had umur tertentu. Katanya lagi, golf ni mengajar diri untuk lebih bersabar, fokus dan boleh kenal karakter individu tu bila dah kat field. Di samping itu juga, boleh dapat peluang business bila berjumpa dengan orang yang baru kita kenal kat field ataupun driving range.
Disebabkan minatnya terhadap golf ni, hb akan ke Jakarta lagi (dulu dah feel dah main kat sana, ni nak feel lagi.....tak habis2 nak feel...hehehe...) mulai esok hingga 4hb. Aku doakan hb selamat tiba ke sana dan selamat juga sampai di sini serta semoga dapat kepuasan maximum ketika di padang nanti.
Tuesday, January 31, 2012
Thursday, January 12, 2012
Ikan Kelisa & Puyu
Ikan Kelisa
Ikan Puyu
Nampak betul beza kedua2 ikan ni. Nape la aku tengok ikan puyu, aku cakap ikan kelisa?
Moral of the story: tak kenal maka tak cinta...hehehe.... (goreng pun sodap...)
Ikan Puyu
Nampak betul beza kedua2 ikan ni. Nape la aku tengok ikan puyu, aku cakap ikan kelisa?
Moral of the story: tak kenal maka tak cinta...hehehe.... (goreng pun sodap...)
Wednesday, January 11, 2012
Adik
Aku keluar dari bilik pagi ni, nampak Adik tengah siapkan jadual sekolah. Dia nampak aku, dia senyum.
Adik: Mama, I love you most.
Aku: I love you most.
Adik: Adik sayang Mama sampai bila2.
Aku: Abah?
Adik: Adik sayang Abah sampai bila2.
Aku: Kak Long?
Adik: Adik sayang Kak Long sampai bila2.
Sejuk hati nak keluar pegi keje hari ni.
Aku sayang keluarga aku sampai bila2...

Friday, January 6, 2012
UPKK
1. Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah dilaksanakan pada tahun 1994 setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Lembaga LEPAI kali ke-19 selaras dengan objektif pertubuhan KAFA.
2. Matlamat UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran & kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan & hafazan Al-Quran serta amal ibadat & cara hidup Islam.
3. Menilai tahap pengetahuan & kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain. Menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar. Menilai kemahiran pelajar dalam membaca & menulis jawi. Menilai keupayaan, kecekapan & kemahiran pelajar dalam membaca & menulis bahasa arab.
* (1, 2 & 3 ni info yang aku google).
Peperiksaan ni adalah bagi pelajar tahun 5 seluruh Malaysia. Kalau dulu, kita xpandang pun sijil UPKK ni. Tapi, sekarang ni kalau nak masuk sekolah menengah agama, asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain2, sijil ni penting di samping sijil PSRA (tahun 6).
Alhamdulillah, baru jap ni aku dapat sms dari Ustazah Amalina, ustazah Dania dan dia bagitau Dania dapat 8A. YA ALLAH, aku bersyukur sangat2. Aku harap Dania dapat teruskan usahanya tahun ni untuk PSRA, ustazah dia cakap ujian ni lagi mencabar. Tahun ni ada 2 exam besar Dania kena duduki. Semoga Dania boleh buat yang terbaik dan mendapatkan keputusan yang cemerlang nanti.
YA ALLAH, permudahkanlah segalanya untuk Nurin Dania Salman...

PCSB
Semalam hb bagitau 1 berita gembira (tapi xboleh gembira sepenuhnya lagi). Hb dapat peluang temuduga di anak syarikat ternama (xnak bagitau lagi, sb belum confirm dapat).
Peluang keemasan untuk dia dan keluarga kami. Cuma, jika hb dapat, hb akan keje di Sabah balik. Walau apapun, dalam hidup ni selalunya kita kena berkorban untuk yang lebih baik, betul x?
Ok, xnak cite panjang, sebab belum dapat lagi, baru nak interview. Apa2pun, aku harap hb buat yang terbaik dan jika ada rezeki, insyaALLAH ALLAH permudahkan segala2nya.
Doa Ayang, Dania & Adik akan sentiasa berterusan untuk Abang, jika tiada rezeki di syarikat tu, xpe, ALLAH Maha Mengetahui dan insyaALLAH ada rezeki di tempat lain.

Thursday, January 5, 2012
Buku Pertama 2012
Sedang membaca buku ini. Dah lama sangat nak baca buku ni, tapi xbeli2. Tiap kali masuk kedai buku, lupa giler sb giler tengok buku macam2 yang best2 (aku, Dania & Adik akan jadi meroyan kalau masuk kedai buku, jap pegi shelf ni, jap pegi shelf tu...macam orang sasau, berjam2 la gak dok kat situ. Hb akan sabar dan setia menunggu dan melihat gelagat kami...hehehe). Hb xminat baca buku sangat, dia suka baca paper, majalah atau yang fakta2 sahaja. Tak kisah la Yang, yang penting Abg xkisah nak layan kami yang minat buku ni.
Tq Farid sb belikan dan hadiahkan buku ni kat aku. Luv u la...
Subscribe to:
Posts (Atom)