Tuesday, March 12, 2013

DIA bayar cash

Entry kali ini adalah untuk bacaan dan peringatan diri aku sendiri serta untuk orang2 yang aku sayangi.

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada je dugaan yang ALLAH bagi kat kita?  Sampaikan kadang2 rasa macam fed up, sedih, marah, geram dan macam2 lagi la rasa yang tak best.  Bila kita rasa macam tu, hati kita sentiasa sakit, sebenarnya kita marah siapa?  Diri sendiri?  Atau....???

Kadang2 kita rasa kenapa la kita ni diuji?  Kenapa orang lain tu ok je hidup dia?  Dari setahun ke setahun, ada je dugaan dari yang sekecil2 ujian ke yang sebesar2 ujian?  Kita pandai tanya soalan macam2, kenapa dan mengapa, tapi kita tak pernah nak kaji untuk dapatkan jawapan kepada persoalan2 kita.

Ok, macam ni la.  Perkara2 kecil memang selalu kita terlepas pandang sebab kita lupa yang ALLAH 'pandang' semua tu.

Bagi yang bekerja, macam kebanyakan dari kita sebenarnya, semua yang kita lakukan adalah kerana ALLAH.  Apa sahaja pun semuanya dari ALLAH dan kerana ALLAH.  Seperti contoh, jika waktu bekerja bermula jam 8:00 pagi, kita kena pastikan kita sudah berada di pejabat sebelum jam 8:00 pagi.  Janganlah kita sesuka hati masuk kerja lambat, malas nak buat kerja, berkira kerja dan sebagainya.  Kita bekerja sebab nak cari duit untuk kelangsungan hidup, hendak beri suami/isteri dan anak2 makan minum yang cukup serta tempat tinggal yang sempurna.  Jadi, kenalah bekerja dengan ikhlas.  Susah ke nak buat semua tu?  Tak susahkan?  Tak perlu beri banyak alasan, orang yang banyak alasan ni orang yang sememangnya malas dan tak ikhlas dengan apa yang dia buat, senang cerita dia lupa yang rezeki itu dari ALLAH.

Pernah tak terfikir kenapa kita asyik tak cukup je duit gaji?  Kereta asyik rosak?  Semua ni benda2 kecil yang kita terlepas pandang.  Dalam bulan ni misalnya kita tak pernah datang awal ke tempat kerja.  Bos bukan tak pernah tegur, tapi disebabkan suka ikut kepala sendiri dan melawan cakap, jadi bos dah malas nak tegur.  Lagi kita seronok, sebab kita boleh buat apa je yang kita suka, boleh masuk lambat, boleh pilih2 kerja, umpama kita pulak yang jadi bos (kadang2 bos pun tak lambat macam kita).  Tapi ALLAH, bos paling besar kita taukan?  So, DIA bayar cash kat kita.  Jadi, dalam bulan tu disebabkan kita selalu datang kerja lambat, BOS pun 'potong'lah gaji kita sikit sebab kitakan datang kerja suka2 hati kita,  dijadikanlah bulan tu kereta kita rosak, mestilah gaji kita jadi short sebab kena keluarkan duit untuk repair kereta.  Jadi, tak cukup la duit gaji bulan tu untuk kelangsungan hidup.  Kecil je kan, tapi nampak tak ALLAH bayar cash?

Lagi 1, anak2 adalah tanggungjawab ibu bapa.  Jaga lah kebajikan mereka, makan, minum, pakaian dan persekolahan mereka.  Mereka perlukan semua ni untuk mereka belajar dengan baik.  Jaga pergaulan mereka, tingkah laku mereka, adab sopan mereka.  Jika kita abaikan ni semua, bermakna kita tak ikhlas dengan amanah ALLAH ini.  Kita tak sedar dengan perbuatan kita yang kita anggap kecil je, tapi bagi ALLAH kita gagal dalam ujian yang DIA beri.  Hidup kita ni penuh dengan ujian, jika kita gagal, DIA pun bagi dugaan lain yang lebih besar lagi kat kita.  ALLAH menduga sebab DIA sayangkan kita.  DIA nak bagi kita ubah perangai kita, jadi lebih baik.  Apa saja yang disuruh oleh ALLAH sebenarnya semua kita boleh buat, hendak dengan tak hendak je, malas dengan rajin je.  

Jagalah solat kita.  Jangan abaikan solat fardhu dan solat sunat.  Jangan lalai.  Jangan sesekali lupa bersedekah.

Kadang2 juga kita lupa nak bersedekah.  Apalah salahnya kita keluarkan duit seikhlas hati untuk bersedekah, RM1 pun tak pe yang penting ikhlas dan bukan untuk menunjuk2.  Budak2 kecil pun ikhlas kalau nak bersedekah ni.  Macam baru2 ni, suami aku beri anak aku Qissy duit extra RM2 untuk belanja sekolah,  dia punya la happy sebab dia boleh beli macam2 (knowing Qissy memang suka pegang duit...hehehe...).  Kebetulan pada hari yang sama, cikgu sekolah buat kutipan derma untuk anak2 yatim dan yang kurang berkemampuan.  Qissy keluarkan RM2 tu untuk didermakan dengan perasaan yang simpati dan gembira kerana dapat menolong orang2 yang susah.  Dia tak de rasa sedikit pun menyesal atau rugi kerana telah menggunakan RM2 yang Abah dia beri tu.  Pernah juga sekali dulu, aku bagi cukup duit belanja macam biasa kat dia dan dia derma separuh dari duit belanja dia tu.  Dia sanggup kurangkan belanja hari tu semata2 nak bersedekah.  Ya ALLAH, terharu dengan keikhlasannya.  Tu budak umur 9 tahun yang telah menggunakan duit belanja sekolahnya.  Kita yang bekerja bergaji beribu2 ni, tak kan la tak boleh menderma.  Aku sentiasa ingatkan diri aku sendiri supaya menderma walaupun sedikit, yang penting ikhlas dari hati dan bukan dipaksa atau untuk menunjuk2.

Kadang2 mungkin kita tak perasan, jika kita menderma, urusan kita sentiasa dipermudahkan dan kadang2 ALLAH bagi hadiah yang tak pernah kita jangkakan.  ALLAHkan bayar cash, tak kira kita buat salah ataupun buat perkara yang baik.  Kalau buat benda yang baik, dapat pahala lagi.  Senang je kehidupan kita sehari2an ni kalau kita pandai mengemudinya.  Nak dapat pahala senang sangat2 tambah2 untuk seorang isteri.  Seorang isteri ni kalau beri suami minum tanpa disuruh, dah dapat pahala, pegang tangan suami, cium tangan suami, masak untuk suami, lap peluh suami, jaga suami masa sakit, semua tu pahala mudah je.  Jadi untuk para isteri, jangan lah kita pandang remeh benda yang sekecil2 ini, ok.  So, jom kita sama2 kumpul pahala banyak2...

Apa kata, semakin umur kita meningkat ni, kita kumpulkan banyak pahala dan buat benda yang betul walaupun kita nampak benda tu remeh dan kecil je.  Untuk bagi kita sentiasa ingat, kena selalu tahu yang ALLAH Maha Melihat apa sahaja perkara yang kita lakukan dan juga mendengar bisikan hati kita.  Jadi, belajar la perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan mendapat keberkatan di dalam kehidupan seharian.  Jaga hati kita, tingkah laku kita, amalan kita.  Ingat, DIA bayar cash tau.


Monday, July 16, 2012

Speechless...

Dulu masa aku kecik2, Dato' Shake ni sangat2 terkenal, even sekarang pun masih juga terkenal, cuma Dato' dah lama xmunculkan diri disebabkan beliau menetap di luar negara.

Aku pun pernah la terminat (tapi tidak sampai tergila2 ok) kat Dato' ni sebab aku dibesarkan dengan lagu2 beliau dan beliau sangat cute.  Yang paling best lagu2 beliau simple dan meletup dan paling2 buat aku sangat2 syok sendiri ialah lagu Lina (cari kat You Tube) yang dinyanyikan oleh beliau.  Lagu pertama yang aku dengar guna nama aku, ok.  So, pernah la terperasan yang Dato' buat lagu tu untuk aku...(hik..hik..hik...).

Untuk anak2ku yang xkenal kat Dato' ni (Dania ingat ni Nas Ahmad...oh nooooo..), bukan apa, Mama lupa nak kenalkan.., ni la dia Dato' Shake yang nyanyikan lagu untuk Mama tu (kuang..kuang...kuang...).



Dato' Shake:  Oh mon dieu, Lina, j'ai finalement vous aves trouve' (Oh my god, Lina, akhirnya I dapat jumpa you)
Vous avezl'air tellement magnifique, je ne veux pas manquer de prendre des photos avec vous..oh Lina (You nampak magnificient, I nak sangat bergambar dengan you....oh Lina)
Vous aves mon nume'ro de droit? (You ada no I kan?)
Nous allons rester en contact (Nanti kita calling2)
Lina (hehe):  (terpegun dengar pujian dari Dato' xterluah oleh kata2...hanya mampu control ayu)

OK LA, DIALOG DI ATAS AKU TIPU JER...HUHUHU...



Ha...nampak tu, sangat perasannya aku.  Ok la, dia xtujukan lagu tu kat aku, dia bagi lagu tu kat wife dia, Datin Lina....hehe...

Minggu lepas aku berkesempatan berjumpa dengan beliau dan lunch dengan beliau.  Beliau seorang yang sangat awet muda (umur 65 tahun beb, tapi kulit tegang you...), dia baik, peramah dan kelakar sama macam Datin Lina (cuma Datin tak suka bergambar, so, xde la gambar dengan Datin).  Datin pun sangat seronok share dengan kitaorang gambar anak2 dan cucu2 beliau.  Dah dapat jumpa, dapat makan, xkan xnak bergambarkan? 

Kawan2 off pun ramai yang xlepaskan peluang untuk bergambar dengan Dato' yang sangat2 sporting ni.

To Dato' Shake, memang patutpun Dato' ramai fans dan diminati hingga ke hari ini.  You are so humble and you are our legend...artis2 sekarang patut contohi Dato' Shake ni, yang memang Diva tapi xberlagak Diva.

Est-ce que vous admirez toujours, Shake Dato'...

Thursday, July 12, 2012

My Little Clown

Begitu bersungguh-sungguh
Happy dapat buat bunga untuk Bibik
Cita-cita saya nak jadi girl clown, tapi Mama saya nak saya jadi doktor...(((

Tuesday, July 10, 2012

Cinta Bersatu


Saling menghargai walau susah diungkap dengan kata2
Saling mencintai walau jarang diucapkan, hanya dengan bahasa tubuh
Bahagia sentiasa walau susah walau senang, harungi bersama2
Cukup sempurna dan melengkapi sesama
Cinta bersatu hingga ke syurga....Amin

Friday, July 6, 2012

Gerak Gempur 1

Alhamdulillah....syukur kepadaMU YA ALLAH.

Tahniah Dania, I'm so proud of you.  Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal, insyaALLAH apa yang Dania impikan akan menjadi kenyataan.

Mama dan Abah sentiasa berdoa untuk anak2 Mama.  Lebih kurang 2 bulan je lagi.  I know you can do it and you'll get what you wish for.  Yakin dengan diri dan sentiasa ingat pesanan2 Mama.

Good luck to you, sayang...

Monday, July 2, 2012

Emm..alahai Cik Som

Jiran-jiranku kebanyakannya berbangsa cina dan india.  Cuma aku sekeluarga dan jiran selang beberapa buah rumah di belakang rumahku je jiran berbangsa melayu.

3 tahun lepas, disebabkan hanya keluarga melayu tu je jiran melayu aku, dengan rasa teruja, aku menegur 'Cik Som' (bukan nama sebenar, nanti korang akan tau nape aku bagi nama dia Cik Som) masa aku berjumpa dengannya di pasar.  Dengan tanpa segan silu, aku pun beritahu dia bahawa aku jiran dia.  Dan kami pun bersembang siap bertukar2 no telefon lagi.

Beberapa minggu lepas tu, Cik Som ni ada la mengajak aku datang ke  majlis bacaan yassin di rumahnya.  Dia cakap dia selalu buat majlis bacaan yassin.  Disebabkan aku dah plan nak keluar malam tersebut, aku tak dapat pergi.  Beberapa hari lepas tu, aku ada terjumpa dia di kedai runcit dan aku tegur dan meminta maaf sebab tak dapat datang malam tu.  Dia bercakap dengan aku nak tak nak je.  Tapi, aku tak kisah lagi, siap teruja tu menunggu majlis yang akan datang sebab aku memang nak lapangkan masa untuk hadir, kalau dia buat majlis lagi.

Kali ke 2 aku jumpa minah ni, oopss...Cik Som ni, masa kat Tabung Haji (dia kerja di Tabung Haji Kelana Jaya, kebetulan plak, office dekat2).  Aku nampak dia, terus tegur, tapi muka dia masam mencuka..pelik gak, tapi, tak pe.  Mungkin dia bad mood hari tu atau aku anggap dia sebenarnya senyum  kat aku, tapi senyuman dia tu tak macam senyuman orang lain...

Kali ke 3 jumpa di kedai runcit.  Aku senyum tanpa bersuara.  Dia lalu depan mata dan jeling kat aku.  Aku betul2 yakin yang aku tak rabun (walaupun sebenarnya aku memang rabun tapi bila dah pakai lense kira aku dibantu oleh mata tipu ni, so, aku boleh nampak dengan jelas, ok).  Dan jarak aku dan dia hanya 2 langkah je.  So, dengan jelasnya dia memang jeling kat aku.

Takkan dia kecil hati aku tak datang majlis dia?  Aku dah jumpa dan minta maaf, jenuh aku fikir apalah aku dah buat kat dia ni...

Itu cerita 3 tahun lepas dan cerita terbaru...
Minggu lepas, Bibik aku bersihkan longkang dan cermin di belakang rumah aku dan Bibik Cik Som ni pun keluar dan tanya Bibik aku, bila Bibik nak balik Indon?  Masa Bibik aku nak jawab soalan Bibik Cik Som ni, ternampaklah di belakang si Bibik ni si Cik Som tengah cekak pinggang.  Tapi, Bibik aku tak takut pun, dia  jawab je soalan Bibik Cik Som ni.  Tiba2 Cik Som ni tengking Bibik aku, dia soh Bibik aku masuk rumah.  Aik?  Salah Bibik ke dia ni?  Bibik aku tengah membersih belakang rumah aku, tapi dia dari jauh bagi arahan soh Bibik aku masuk?  Bibik aku pun menyirap ler (Bibik dah lama geram kat Cik Som, sebab Cik Som layan Bibik dia macam hamba).  Dia jawab balik, nape plak nak soh dia masuk, soh la Bibik sendiri yang masuk.

Cik Som ni boleh kata, "Kamu jahat, sama dengan majikan kamu, jahat, sombong!!!".   Amboi2, sedap mulut ko ye Cik Som?  Bibik aku ni plak jawab balik, (sila baca dalam tonasi dan lenggok bahasa Indonesia) "Jika majikan saya jahat, saya udah lama pinggin lari dan enggak betah nyampei selama 2 tahun ni.  Malah, saya bisa nyambung lagi.  Kamu minta Bibik kamu yang masuk rumah, bukannya saya!!!  Saya masih punya kerja di belakang ini dan ini rumah saya kerja dan saya punya majikan yang baik,  mana mungkin saya bisa ikut ngomong kamu?"  (amboi, Bibik aku yang lemah lembut bila dah marah, woww....cayang Bibik, backing aku....tahun depan confirm naik gaji..).

Si Cik Som ni, mendengus dan terus masuk dalam.  Apa masalah dia ni ye?  Kalau aku sombong, aku takkan tegur dia dulu 3 tahun lepas.  Kalau aku sombong, aku takkan minta maaf sebab tak dapat hadir majlis dia tu, kalau aku sombong, aku tak tegur dia berkali2 walaupun terpaksa berdepan dengan muka masam dia tu.  Heh!!  Manusia jenis apa jadi jiran aku ni?

Kalau aku sombong, masakan aku boleh berkawan dengan jiran2 cina dan india dari hujung jalan sini ke hujung jalan sana?  Aku baru 3 tahun duduk kat neighbourhood ni, tapi, menurut jiran2 yang lain, Cik Som ni memang tak suka berbaik dengan jiran2.  Siap hasut Bibik dia jangan bercampur dengan jiran2 sebab jiran2 ni semua sombong.  Uik?  Sapa yang sombong ye?

Jadi, selayaknya la aku bagi nama 'Cik Som' ni kat dia, singkatan kepada perkataan 'sombong'.  Tu kira nasib baik la aku bagi nama Cik Som, kalau aku bagi nama panjang, lagi la tak sedap bunyinya (Cik Som=Kanji Som-Som haaa....teringat kat kanji som-som boh gula merah...perghhh...yummeh).  Maaf ye Cik Som, tak de niat pun pada mulanya nak bagi gelaran ni, tapi, gelaran ni sangatlah sesuai dengan peribadi Cik Som.

Nasihat aku pada Cik Som ni, walaupun anda seorang yang kuat agama, tapi, perlulah selarikan dengan budi bahasa yang baik, sifat kejiranan, perikemanusiaan, hormat menghormati dan belas kasihan.  Orang dari bangsa lain lebih memiliki nilai murni dari anda seorang Islam.  Segan aku dengan jiran2 aku yang berbangsa lain.  Jagalah bibik anda dengan baik.  Dia amanah anda, dia jauh dari keluarga dia, dia sanggup membantu  anda membuat kerja rumah dan menjaga  puteri tunggal anda dengan baik.  Dia manusia seperti kita juga.  Layan la dengan baik dengan sifat penyayang.  Janganlah siksa jiwa dia.  Lepaskan la dia balik untuk berjumpa dengan keluarga dia. 

Aku tau Cik Som takkan baca blog aku ni, tapi, jika dia berani lagi nak tengking Bibik aku, aku akan jumpa dia dan bagitau dia semua yang aku nak cakap kat dia termasuklah apa yang aku tulis ni dan aku nak dia jaga hati dia tu.  Hati kena bersih Cik Som.  Kalau hati tak bersih, macamana Cik Som nak beribadat dengan baik. Aku tau aku tidak sealim Cik Som, tapi, aku rasa Cik Som ni perlu tau dan ubah pandangan buruk dia pada orang lain.  Keluarlah dari kepompong anda, jangan terkurung dalam dunia anda sendiri.  Bergaullah dengan masyarakat sekeliling.  Walaupun jiran-jiran kita ramai cina dan india, mereka semua sangatlah baik hati.  Islam tidak melarang kita berbaik dengan berlainan kaum dan agama.

Itulah kisah Cik Som ni.  Aku tak sangka akan dipertemukan dengan manusia yang macam ni.  Aku bersyukur juga jumpa minah ni, sekurang2nya aku dapat juga kutip pengalaman bersama dengan kerenahnya yang aku jadikan contoh untuk aku sekeluarga jauhi.  Contoh yang tak elok untuk diikut dan untuk dijadikan iktibar kepada aku sekeluarga. 

Emm..alahai Cik Som..


Monday, June 18, 2012

Hope for a Miracle

*sigh*

Another week to go through.  I really hope that this week will bring joyful news to me.  I've been waiting for the day since February & today am waiting for a miracle.  Ya ALLAH, I know you love us & we love you too...

Please meet with our doas....

Whatever happened or happens in my life, I thank you ALLAH...I really do.