Saturday, March 10, 2012

2 dalam 1 hari

Huarrgggghhhhhhh (uik? starting dah meraung?)...

Meraung le, bibik cuttttiiiiiii.....so, hari ni kenalah jadi bibik.  Tengkuk dan bahu masih sakit, badan sengal2, otak penat, tapi, bibik bulan lepas pun xcuti (dia sendiri yang xnak cuti) so, minggu ni kenalah aku buat keje umah yang memang jarang aku buat kecuali memasak.

Pas settled keje2 umah, kami ke Jabatan Pendaftaran di Putrajaya, buat IC Dania. Gerak dari umah lebih kurang jam 12 tengahari, sampai sana kena tunggu giliran (sejam lebih gak la, ingatkan hari Sabtu xla ramai orang).  Aku n hb pun tukar gak  IC.  Hb punya IC dah parah (boleh koyak..ish..ish..ganazzzz).  Aku saje nak tukar, lagipun alamat dah lain, alang2 tukar le sekali.

Sebelum balik, sempat lagi anak dara ni.

Bergambar, minggu depan saya dapat IC
                                        
Semua dah lapar, terus gerak ke Kota Damansara.  Anak2 memang suka makan ice cream, so, aku ajak hb bawak diaorang ke sini.

Ice Room
                                                         
Teruja gak la nak ke sini, sebab nampak dan dengar macam best je. 

Asam Fish with Rice (aku n hb punya order-dalam silinder buluh tu ikan berkuah asam yang sungguh mengecewakan, warna xmenarik langsung (tu pasal xnak tunjuk gambar) dan kuah tawar...frust...frust..)

Anak2 punya order.

Chicken Bolognese Spaghetti (gambar diambil setelah spaghetti ni dimakan oleh Dania...leka bercakap ngan hb, lupa nak amik gambar sebelum makan)







                                     
Spaghetti di atas memang tidak menarik seperti dalam menu dan rasanya pun ada kurennnggg....

Kesimpulannya, kedua2 makanan yang diorder di atas, memang menghampakan.  Konsep deco pun biasa2 jer..heheeh....jangan marah, komen ikhlas ni.  Kalau next time nak datang lagi, hanya untuk menikmati snow ice dia je, sebab ada berbagai2 perisa yang menarik untuk dirasa.  Hari ni hanya rasa dua jenis ni je.

Durian Snow Ice

Peanut Snow Ice

Budak yang xreti duduk diam
Happy dapat makan snow ice
Budak depan tu kalau xgedik, xsah
Tu dia....ada gaya tokey Ice Room x (dua tangan di bahu, kedua2 mata pandang atas sambil jelir lidah)
Yang baju merah tu sebenarnya tersangat penat, tapi anak2 punya pasal, layankan aje...yang sebelah tu pun penat, tapi nak bergambar punya pasal, kena pastikan sentiasa dalam keadaan hensem (lagi sekali, dua tangan di bahu, kedua2 mata pandang atas sambil jelir lidah)
Walaupun kami semua penat dan makanan xmenyelerakan, tapi kami happy dapat keluar sama2, aktiviti setiap minggu masih diteruskan, walaupun ........

Friday, March 9, 2012

ANUGERAH PERTAMA

Sesi Teringat (hehehe....)

Yeahhhh!!!  Nak pegi jalan2 kat Putrajaya....ramai dah bercakap2 pasal Putrajaya ni, cantik bangunan-bangunannya, terutama masjidnya (yang excited sangat tu sebab masih dalam gelaran Pengantin Baru, so rasa special berjalan2 ngan orang tersayang....hik..hik..gatei je bunyinya).  Opah, Ayahcu, Maksu dan sepupu2 semua berkumpul di umah Pakcik sebab kebetulan ada hal kat KL (ada hal apa ntah? xingat) so, pas settled hal apa ntah tu, kitaorang decided nak jalan2 ke Putrajaya.

Luas giler kawasannya, tapi masih kosong di beberapa tempat (aku pun xpaham sangat nape kami semua terkinja2 nak ke sana).  Lenguh gak la kaki ni berjalan buat site visit sambil berpegang2an tangan dan berpeluk2an dengan hb (mood bercinta la konon...sekarang pun masih lagi, okeh) hehehehe...

Dah penat berjalan, sebelum balik umah Pakcik kat PJ (sekarang bukan umah Pakcik lagi...huhuhu....rindu umah tu) singgah farmasi beli 'benda tu' sebab rasa lain macam.  Sampai umah terus check, rasa nak menjerit, tapi malu sebab ramai orang dalam umah tu, so terus tanya Maksu senyap2, Maksu sahkan, sume happy xterhingga terutama hb dan aku.  Yippieeeee!!!! (gatei sungguh!).

Bebape hari pas tu, checked doktor dan memang doktor sahkan aku mengandung.  Alhamdulillah, syukur sangat lepas 2 bulan kawin, rezeki yang memang amat berharga.

Xsampai bebape hari, aku bleeding..Ya ALLAH, takutnya sebab xde pengalaman dan xtau nape boleh jadi macam tu.  Dari segi pemakanan, memang aku jaga (sebab ramai yang pesan, jangan makan itu, jangan minum ini...).  Pegi buat 2nd check kat University Hospital dan doktor bagitau kantung kandungan dah kempis, so, maknanya baby dah xde.  Doktor bagitau rahim aku lemah dan dia bagi MC minta aku rehat dan biar sehingga kantung tu keluar sendiri.

Hb xpuas hati, dia ajak aku ke Assunta Hospital.  Selepas checked-up dengan Doktor Liew, ke Lee (Liew kot?...) Ntah ler, yang pasti doktor tu doktor cina.  Dia cakap kandungan aku masih ada dan dia bagi aku ubat untuk kuatkan rahim dan bagi MC untuk aku rehat.  Ya ALLAH, kalau aku n hb xtanya 2nd opinion?  Ish, ikutkan xnak ingat lagi, sedih.......dah la pengalaman pertama mengandung, jadi macam tu plak.

Selepas tu, setiap bulan dan minggu pergi menjenguk doktor untuk regular check-up ibu mengandung, alhamdullillah, baby dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna.

Tiba-tiba, pada suatu malam yang gelap....(memang le malam gelap, hehehe....mula ler merepek2) lebih kurang jam 10 lebih, baru je nak tido, aku rasa macam katil dah penuh dengan air.  (xbajet nak bersalin, sebab patutnya lagi 2 minggu).  Ish, air apa?  Baru aku sedar air ketuban aku pecah, aku bagitau hb, dia panik, akupun panik.  Tapi dia lagi panik dari aku.  Aku cakap bawak aku ke hospital, aku ingat dia nak capai seluar dia, tapi, dia pegi capai tuala. Aku dah xprasan dah pas tu dia buat apa sebab aku sibuk tengok air yang banyak sangat keluar sepanjang aku turun tangga kat umah.  Rupanya2 hb aku pegi mandi???  Aduyai...aku soh pakai seluar, dia pegi mandi buat apa?  Aku tanya dia nape mandi?  Aku takut & panik ni...huarrgghhhhh....Dia cakap, xtau nape dia mandi, dia pun panik.   Dia xtau nak buat apa dulu..(xpe la, nak sambut baby kena wangi2 yer...).

Xpe2, aku maafkan, xde pengalaman....Aku checked in kat Hospital Kampung Baru sebab tu hospital yang terdekat (masa tu tinggal kat Sentul).  11 jam aku menanggung sakit sebelum nak bersalin.  Esoknya bila dah xtahan sangat, aku soh hb panggil doktor, hb cakap, tahan jap ek, doktor xde, dia tengah check orang lain.  Sayang, kalau baby nak keluar, mana boleh tahan2...huhuhu.....aku paksa gak dia panggil doktor.

Xlama pas tu doktor pun datang check dan bagitau baby dah boleh keluar...saat2 yang sangat mendebarkan, rasa macam nak mati.(over ke statement ni?)..Aku pegang sekuat hati tangan hb (sebelum tu aku dah minta maaf kat dia apa2 salah dan silap aku pada dia secara sengaja ataupun xsengaja....ntah bape kali dah minta maaf..hehe...).

9 Mac 2000, jam 9:45 pagi lahirlah seorang puteri yang sangat comel, seberat 2.7 kg yang aku namakan Nurin Dania Salman yang bermaksud, Cahaya Yang Hampir.  Selepas lahir je, Dania ditunjukkan pada aku dan dibersihkan.  Lepas tu aku dah xpegang dan xmenyusukan, xtau apa perasaan yang datang masa tu.  Aku rasa tiada keinginan untuk pegang dia (padahal saat2 tu la yang aku nanti2kan), sampai sekarang aku xtau nape aku rasa macam tu.  Seharian aku xnak amik dia di bilik baby, xnak tengok, xnak pegang, xnak cium...(maafkan Mama...huhuhuhu..kalau la boleh pusing balik masa Mama janji Mama xkan buat macam tu lagi, sememangnya perasaan tu datang tanpa Mama minta pun).

Esoknya pagi2 lagi aku dah berjalan ke bilik baby, aku cakap kat nurse aku nak anak aku.  Nurse cakap, dia tengah menyusu, aku cakap aku nak ambil dia, aku nak menyusukan dia (dalam nada serius, xla garang mana, serius jer).  Nurse pun pelik tengok aku, nape aku macam tu, dia janji akan bagi kat aku pas Dania menyusu dan dia minta aku duduk dulu dalam bilik aku.

Hari tu barulah aku pegang, peluk dan cium Dania dengan penuh kasih sayang, baru aku rasa naluri seorang ibu dan betapa aku sayangkan Dania dan aku berjanji aku akan jadi Mama yang terbaik dan akan beri sepenuh kasih sayang kepadanya.  Aku xnak dia jadi macam aku, hanya merasa kasih sayang seorang ibu dalam tempoh yang terlalu singkat (Mak meninggal masa umur aku 2 tahun).  Sebenarnya aku redha dengan takdir, cuma aku mohon kepada ALLAH, supaya diberi peluang yang lama sikit untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak2ku...

Dania, apa yang Mama ceritakan ni adalah rahsia Mama yang xpenah Mama ceritakan pada Dania sebelum ni.  Mama bersyukur Dania wujud/hadir dalam hidup Mama, walaupun Dania hanya pinjaman dari ALLAH.  Mama terlalu sayangkan Dania, jadilah seorang anak yang bijak, yang menjaga Hati supaya sentiasa bersih sama seperti Dania masa mula2 lahir, sebersih kain putih (jangan bagi benda kotor hinggap kat hati, kalau ada yang hinggap, cepat2 bersihkan), baik tutur kata, anak yang sentiasa ingatkan ALLAH dan kalau Dania buat dan amalkan apa yang Mama bagitau ni, insyaALLAH, Dania akan selalu tenang dan wajah sentiasa berseri.  Jangan lupa senyum selalu & jadilah anak & kakak yang baik.  Mama doakan Dania bahagia selamanya dan berjaya di dalam hidup dan tingkatkan amalan dunia dan akhirat.

Dania sayang, Selamat Hari Lahir yang ke-12 tahun.....Dah besar dah anak Mama, dah jadi anak dara, jaga diri baik-baik.  Mama sayang Dania hingga ke syurga..... Love you my precious...you will always be my baby forever, till death do us part.



Monday, March 5, 2012

Soalan 'Kurang Cerdik'

Soalan 'Kurang Cerdik (KC)'...

Contoh soalan KC ni ialah, (Lokasi:  Di pejabat menuju ke suatu tempat yang tenang (hehehehe....) dan memegang tombol pintu toilet.  Soalan KC dari seseorang:  Nak ke mana tu?).  Adakah perbuatan tadi tu menunjukkan aku sedang menjemur kain?  Jelas sekali aku sedang memegang tombol pintu toilet, surely aku nak ke toiletkan?  Aduyaii....

Aku sure dengan 1 je contoh di atas semua orang akan faham dengan maksud aku soalan KC.  Ok, aku pantang sangat kalau orang bertanya soalan KC kat aku.  Hb dan anak2 aku memang tau sangat.  Sebab aku xboleh terima orang yang bertanya tanpa berfikir dulu apa yang dia nak tanya.

Tapi, sebagai manusia, nak xnak memang xboleh lari dengan soalan KC macam tu.  Kadang2 sekadar nak memulakan perbualan (ok la, aku terima la kalau sebab ni) dan kadang2 akupun terkeluar juga soalan2 KC ni (hik..hik...manusia biasa la kan?  Tapi aku akan cuba untuk tidak bertanya soalan2 yang seumpamanya, kalau terlepas pun cepat2 aku akan sedarkan diri aku)..

Kesimpulannya, itulah lumrah hidup seseorang yang bergelar manusia.  Setiap kali lepas aku marah bila sesiapa saje tanya aku soalan KC, aku akan positif balik dan aku anggap itu ialah cara beliau nak memulakan perbualan dengan aku, tapi, bila aku dapat lagi beberapa soalan KC dari orang yang sama pada waktu yang sama, aku akan fikir, di mana tahap pemikiran dia?  (minta maaf, aku xterlepas dari berfikir macam ni, otak aku ni tengah tidur pun berfikir, tu yang aku selalu dapat tidur yang tidak berkualiti walaupun hakikatnya aku tidur awal dan boleh bangun awal....sian kat aku...huhuhu...).

Walau apa pun, gunakanlah akal kita sebaiknya, jangan biar otak kita tepu, banyakkan membaca dan berdoa supaya otak kita cergas dan berfikirlah dengan bijak (peringatan untuk diri sendiri juga).