Tak lama lagi sekolah akan dibuka. Segala persiapan untuk anakku ke sekolah belum aku bereskan. InsyaALLAH, esok pagi aku akan bermula 'penjelajahan' untuk membeli keperluan sekolah anak. Bukannya apa, sibuk berpindah rumah, terlupa sebentar yang aku ada tanggungjawab lain untuk anakku. Sabar ye Dania, esok kita pergi cari barang-barang sekolah.
Suamiku berharap dapat balik ke KL untuk urusan persekolahan anak-anak. Semoga suami dapatlah cuti nanti. Rindu aku dan anak-anak padanya. Dania akan masuk darjah 4 dan Qissy akan sambung di tadika yang sama (6 tahun). Semoga mereka tidak menghampakan harapan aku dan suami. Doa aku dan suami sentiasa untuk mereka.
Anda yang mempunyai anak-anak yang telah memasuki ke alam persekolahan, semoga telah membereskan segala keperluan sekolah anak-anak. Jangan jadi macam aku, masih belum buat apa-apa lagi.
Semoga masuknya tahun baru ini, anak-anak kita pun ada semangat yang lebih untuk belajar dan berjaya di dalam pelajaran. Semoga segala penat lelah kita menyekolahkan mereka berbayar dengan kejayaan mereka kelak.
Friday, December 18, 2009
Tahun Baru 2009
Tahun baru, semuanya baru. Setelah 8 tahun naik turun tangga duduk di apartment, aku berpindah ke rumah teres. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Semua perabot rumah terpaksa dibeli baru, maklumlah sejak 8 tahun yang lalu tidak pernah bertukar. Setia betul aku.... Bila aku dan suami membuat keputusan untuk membeli rumah teres, terasa ada satu semangat baru dan seperti ingin berubah ke arah yang lebih baik lagi. Anak-anak pun mestilah seronok, berangan-angan untuk bermain basikal (yang belum aku beli lagi) dan macam-macam lagi la yang boleh dibuat. Maklumlah duduk di apartment terhad sedikit aktiviti mereka.
Dalam sibuk dengan urusan membeli rumah dan menjual apartment (apartment telah dibeli oleh kawan suamiku), satu berita yang tidak dapat aku terima hadir dalam hidup kami sekeluarga. Suami tercinta diarahkan untuk bekerja di Kota Kinabalu, Sabah untuk menjaga cawangan di sana. Sepatutnya ia menjadi berita gembira untuk kerjaya suami, tetapi..... Ya ALLAH dugaan buat kami sebenarnya. Kegembiraan untuk berpindah dan membina hidup baru dan ke arah yang lebih baik digugat oleh berita pertukaran suami.
Selama ini aku sudah biasa suami pergi outstation selama seminggu ke Sabah setiap bulan. Tapi, untuk menerima perpindahannya, hanya ALLAH yang tahu isi hatiku ini. Walaumacamanapun, aku reda. Dan aku berdoa suami berjaya di dalam kerjayanya dan supaya kami sentiasa bahagia..
Aku telah berpindah ke rumah baru pada 12 Disember 2009 yang lepas, suamiku bertolak ke Sabah pada 14 Disember 2009. Sedih xterbendung, aku terpaksa 'berpisah' dengan suami. Kepada kawan-kawanku yang betul-betul mengenali diriku, aku sememangnya cengeng, mudah mengalirkan air mata.
Walaumacamanapun, aku mesti kuat untuk anak-anakku. Hari ni Awal Muharram, aku akan cuba mendapatkan semangat baru untuk keluargaku. Aku berdoa kepadaMU YA ALLAH permudahkanlah segalanya untuk aku sekeluarga dan berikanlah segala kebaikan kepada kami..
Untuk anda semua, sempena tahun baru ini, aku doakan segala kebaikan dan kesejahteraan kepada semua. Semoga diberkati olehNYA..Amin....

Subscribe to:
Posts (Atom)